29 September 2010

Kehilangan

Kenangan bersama arwah ayah masih segar dalam ingatan ini seolah-olah baru semalam aku bergurau senda dengan nya..Rindu nyer aku pada ayah...Kehilangan seorang ayah membuatkan hidup aku kosong walaupun aku masih mempunyai ibu..Tabahlah hati..

‘dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun
disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu’

Lagu ni sering ku dengar masa zaman sekolah dulu… kadang2 lagu ini turut di nyanyikan untuk persembahan nasyid di sekolah ku…bila hati turut mengalunkan lagu tu maka perasaan sedih tak tapat di tandingi..mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir..mengapa jiwa ini begitu meruntun sekali…mengapa sebak di dada ini menguasai diriku…

oh ayah…

Setiap saat ku rindukan ayah...setiap saat ku ingatkan ayah....apakah aku masih belum terima hakikat bahawa ayah sudah tiada di dunia ini...ya allah, hanya pada mu ku bermohon…kuatkanlah diri ini untuk menempuh segala ranjau dan duri kehidupan… 

No comments: