26 July 2011

~ Salam Ramadhan ~

Assalamualaikum wbt buat rakan2 yg dihormati sekalian..uihhh..mcm pengacara pulak dah..
Blog ini akan ditutup seketika..ye..insyaAllah seketika atau selamanya saya sendiri pun tak pasti..semoga dugaan dan kesulitan ini dipermudahkan olehnya..

Disini saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa pd rakan2 sekalian...semoga rakan2 dikurniakan kesihatan dah kesejahteraan untuk menjalani ibadah di bulan mulia yg bakal menjelang nanti..Diharap dengan kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan menjadikan kita Hamba Allah dan Umat Muhammad SAW yang terbaik serta di redhainya dunia dan diakhirat..

saya mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan dialam maya mahupun nyata ada yang menyinggung perasaan rakan2..sesungguhnya ikatan ukhuwah yg terjalin sangat2 saya hargai..terima kasih buat rakan2 yg masih sudi singgah ke teratak ini.. wassalam..

18 July 2011

::sesi meluaskan mata::

Bersiaran petang hari ni..busy sgt2..nak BW pun kena curi2..hehe
ada juga yang bertanya pasal n3 baru..adehh..
memang ada cerita pasal cuti hujung minggu hari tu tapi tak leh nak celoteh banyak..
korang layan jelah gambar ni..TELUK KEMANG, PORT DICKSON.




actually kapal ni berada betul2 di tgh laut..sayup je kalau tgk..
so, saya try tembak guna pistol, dan hasilnya agak memuaskan..hehe..
emm..kalau ada senapang (DSLR) tu mesti lg cantik..




15 July 2011

::Berjimba Di Pantai Remis::

Memandangkan hujung minggu ni tuan rumah akan berada diluar kawasan, so terimalah entry khas buat tatapan rakan2 sekalian..hehe..macam bagus jek kan..

actually hari tu saya ke Pantai Remis, kuala selangor..takde tujuan ape pun..just jalan2 dengan bebudak ofis..air laut masa tu tgh surut..so, ramailah yg mengambil kesempatan main layang2..

nilah signboard nya..berdekatan dengan petronas..


nampak tak..air surutkan..ada juga yang jalan2 kat kawasan air surut tu..
sampai terbenam kaki..segar je udara kat sini..


then, jalan2 kat sini pulak..uihhh..mcm2 ada..harga pun murah je..
sempatlah rembat ikan masin ngan kerang sekilo..hehe


kenal tak..saya just cuit2 jek..tak berani nak pegang..
sekali pandang mcm ada rupa raksasa dalam cerita arnold schwarzenegger tu..hehe


yang ni sesi soal jawab antara saya dgn penjual..hehe
keliling kulit kat ibu jari kanan penjual tu sebenarnya penuh dengan telur belangkas..
ish..camne nak makan ni, siang pun tak tau..

  
yang ni lokan..selalu tgk dlm tv je..so, kat sini dpt tgk real punye..
uihh..ni kalau beli sekilo pun dah penuh periuk..:)


bila dah puas jalan baru pegi makan kat kedai pakcik salleh ni..
kerang bakar mmg famous kat sini..satu pinggan 6 hinggit..berbaloi2..
errr..ada pakcik tu cakap kerang ni besar sbb bulan tgh mengambang..betul ke..?

::Santai Pagi::

Sumber - E-mail

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

11 July 2011

::Rahsia Cili Padi ::

Meh sini nak cerita sikit pasal cili padi a.k.a cili api ni..siapa suka makan pedas..? angkat kening..hehe
Rasa tak puas hati je bila makanan yang dimakan tu tak pedaskan..Macam ada sorang kawan saya tu, kalau makan nasi ulamnya adalah cili padi..tak lengkap rasanya hidangan tanpa cili padi..

Rupa-rupanya ada rahsia yang tak diketahui tentang cili padi ni..daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.

Sumber - E-mail


'ehsan uncle google'


Daun Pokok Cili Padi
Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.


Akar Pokok Cili Padi

Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.
>>so, nanti bolehlah kita cuba petua diatas...

08 July 2011

::7 Petanda::

" Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1. Hati yang selalu bersyukur (Qalbun syakirun)
2. Pasangan hidup yang soleh (Al azwaju shalihah)
3. Anak-anak yang soleh. (Al auladun abrar)
4. Suasana yang baik untuk iman kita (Albiatu sholihah)
5. Harta yang halal. (Al malul halal)
6. Semangat untuk memahami agama. (Tafakur fi dien)
7. Umur yang barakah ( umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.)"

Pertama : Hati yang selalu bersyukur.
Ibnu Abbas r.a berkata : "Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah s.w.t., baik secara sembunyi ataupun terang-terangan serta secara lisan maupun di dalam hati. Setelah itu sedaya upaya menjauhi maksiat serta kemungkaran."

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kamu."
(Surah Ibrahim ayat 7)

Kedua : Pasangan hidup yang soleh .
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud , "Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah"
(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula”.
(Surah an-Nur ayat 26)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Wanita itu dikawini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kamu memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya kamu akan bernasib baik.”

Ketiga : Anak-anak yang soleh.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat
diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)

Keempat : Suasana yang baik (biah solehah).
Betapa pentingnya mewujudkan suasana yang baik untuk membantu menjaga peribadi dan iman kita sebagai seorang muslim. Suasana yang baik ini perlu ada didalam rumah kita, suasana dipejabat dan suasana di kawasan perumahan tempat kita tinggal dan seterusnya suasana masyarakat kita.Mewujudkan biah solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib.

Ianya termasuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan biah solehah. Remaja yang terlibat dengan gejala sosial pada masa kini adalah disebabkan suasana persekitaran yang tidak sihat dan mendorong mereka untuk melakukan maksiat.

Kelima : Harta yang halal.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”

Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.

Keenam : Semangat untuk memahami agama.
Sesiapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw bersabda,
"Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila diperlukan kepadanya dia akan memberi manafaat (kepada orang lain) dan jika dia tidak diperlukan dia akan menjaga dirinya (dari orang lain)."
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)

Ketujuh : Umur yang barokah.
Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."