Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

15 July 2011

::Berjimba Di Pantai Remis::

Memandangkan hujung minggu ni tuan rumah akan berada diluar kawasan, so terimalah entry khas buat tatapan rakan2 sekalian..hehe..macam bagus jek kan..

actually hari tu saya ke Pantai Remis, kuala selangor..takde tujuan ape pun..just jalan2 dengan bebudak ofis..air laut masa tu tgh surut..so, ramailah yg mengambil kesempatan main layang2..

nilah signboard nya..berdekatan dengan petronas..


nampak tak..air surutkan..ada juga yang jalan2 kat kawasan air surut tu..
sampai terbenam kaki..segar je udara kat sini..


then, jalan2 kat sini pulak..uihhh..mcm2 ada..harga pun murah je..
sempatlah rembat ikan masin ngan kerang sekilo..hehe


kenal tak..saya just cuit2 jek..tak berani nak pegang..
sekali pandang mcm ada rupa raksasa dalam cerita arnold schwarzenegger tu..hehe


yang ni sesi soal jawab antara saya dgn penjual..hehe
keliling kulit kat ibu jari kanan penjual tu sebenarnya penuh dengan telur belangkas..
ish..camne nak makan ni, siang pun tak tau..

  
yang ni lokan..selalu tgk dlm tv je..so, kat sini dpt tgk real punye..
uihh..ni kalau beli sekilo pun dah penuh periuk..:)


bila dah puas jalan baru pegi makan kat kedai pakcik salleh ni..
kerang bakar mmg famous kat sini..satu pinggan 6 hinggit..berbaloi2..
errr..ada pakcik tu cakap kerang ni besar sbb bulan tgh mengambang..betul ke..?

07 February 2011

::KENANGAN DI BUKIT PELINDUNG::

Assalamualaikum wbt..
Sudah agak lama menyepi, but now blog ini kembali bersiaran setelah bercuti almost 10 days..hehe..rasanya rakan-rakan blogger saya pun begitukan..melaksanakan agenda yang telah disenaraikan..maaf kerana saya tak sempat nak jalan2 kat blog rakan2 sekelian..
Ok..nak cerita sikit aktiviti saya masa bercuti hari tu..

Negeri yang dipilih adalah negeri Pahang Darul Makmur..Sambil-sambil menziarah sanak saudara disana, saya dan family berkesempatan mendaki di sebuah bukit yang diberi nama "Bukit Pelindung"...aha..pernah dengar tak?? yang dah tau tu duduk diam2..:)
Jom layan gambar2 kat bawah ni..


Nampak tak pencawang-pencawang kat atas bukit tu..tinggi kan..haha..muka dah cuak tapi semangat berkobar-kobar nih..haha


memang ramai yang datang ke sini..mula-mula warm up dulu ye..tu jalan nak menuju ke pintu masuk Bukit Pelindung..yang sebelah tu sebenarnya ulat gonggok..masa kami tengah jalan tu ulat gonggok ni nak melintas..mak oii..besarnya..anggaran 15cm panjang.. 


ni signboard di pintu masuk. "Hutan Lipur Bukit Pelindung"..Jaraknya adalah 1880m dengan ketinggian 220m paras laut..berdekatan dengan Teluk Chempedak..so, perjalanan akan bermula dari sini..bukan calang-calang bukit tau..ni bukit yang kasi punggung tonggek punyer..haha..baru 15 minit berjalan dah mencungap..


yang ni pula signboard di pertengahan bukit..kat sini ada jalan untuk berbasikal..terus masuk hutan dan boleh keluar ke teluk chempedak...seingat saya, lebih kurang 5 kali kami behenti rehat untuk sampai ke pertengahan bukit ni..adehh..memerlukan stamina kaki yang kuat..hehe


percaya tak kalau saya kata sambil berjalan pun boleh menjalinkan ukhuwah..bila berselisih, mereka akan bertegur sapa antara satu sama lain walaupun tak kenal..paling best bila ada yang memberi tunjuk ajar masa kami berhenti rehat..

tinggal kami dan beberapa orang je masa ni..yang lain dah sampai atas bukit agaknye..hehe..penat wehhh..gambar sebelah tu nak menuju ke puncak bukit..of koslah makin bersemangatkan.. 


Finally...dah nampak pencawang tu depan mata..tak lepaskan peluang rakamkan gambar pencawang tu..hehe..adehh..tak sia-sia berjalan walaupun kat 10 kali berhenti rehat..haha..first time tau naik bukit ni..bangga ngan mak saya yang berumur 60 tahun berjaya naik sampai ke puncak bukit ni..

Bandar Kuantan..
gambar yg diambil masa turun bukit..kalau kat atas tak dapat nak ambil gambar sebab dipenuhi dengan pokok hutan..


jangan ingat turun bukit tak perlukan stamina..macam-macam gear yang saya guna..adehh..
bila dah sampai kebawah kami tak lupa buat senaman ringan dan bergambar kembali..hehe..penting tu....selamat tinggal BUKIT PELINDUNG..

29 December 2010

::Cuti-Cuti Malaysia::

Mr Google..

Assalamualaikum sahabat2 sekelian..
Nampak gambar diatas tu..bukan nak ajak menari la, tapi "cuti cuti malaysia".Aha..Esok saya dah start bercuti..nak gi jalan-jalan cuci mata dan fikiran..haha..So, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "Happy New Year"....Pada sesiapa yang azam tahun ni belum tercapai lagi silalah catitkan dalam buku baru..
Semoga perjalanan hidup kita senantiasa dipermudahkan olehnya..amin..