13 November 2010

Teka Teki Teka Tekuk..

"Teka teki teka tekuk, ular mati dalam periuk"..Erk..bukan uler jek, yg lain pun boleh ye kengkawan..haha
Lately ni ramai pula kawan2 yang bagi teka teki..So, saya tempekkan kat sini sekadar hiburan bersama..cewahh..jawab jangan tak jawab..lalala..

1) Soalan: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan:

2) Soalan: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah.. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan:

3) Soalan: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Jawapan:

4) Soalan: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan:

5) Soalan:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan:

6) Soalan: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: 

7) Soalan: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Jawapan:

8) Soalan: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan:

9) Soalan: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Jawapan: 

10) Soalan: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan:

11) Soalan: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: .



>>jawapannya akan menyusul dikemudian hari..hehheh..

12 comments:

ummu said...

salam Nurkass,
wah banyak teka teki teka tekuk ni
anak akak pun baru je teka teki akak
apa ya jawapannya?:)

ckLah@xiiinam said...

...belum sarapan lagi ni. Daya IQ belum panas. :D

nurkass said...

ummu > salam kak..anak akak ada tanya ke..hehe..teka dulu ek..

ckLah > hehe..isi perut dulu..jwb jgn x jwb..eh..eh.lembu lari tu cikgu..hehe

My Little Diary said...

hahaha... nak jwp jgk...
no:2... color still the same...:p
no:5... seluar panjang
no:7... sbb anak dia pompuan
no:10... sbb hari tu siang... keke

betul tak cikgu....
yg lelain tu tak larat nak pikir..

Afida Anuar said...

Salam kass..mak aihh banyknya soalan. dahla baru balik exam..malas la nak pkir...ahaa, little diary ada kasi jawapan sket...

PS: nnti buatkan entry jawapan lak eh kass..heheh

dwaty said...

boleh pinjam ni time kena suru teka teki...

deena farhana said...

slm kak..

waaa...byknye teka teki..otak deena blm dpt catch up ape jwpnnye..hehe

anum shukri said...

salam..hurm....rasa2 cam blh jawab..tp..elok benar lah kalau tuannya sendiri yang jawab...hehehe...

azzey said...

nurkass: byk teka-teki tu.....x terjangkau dek akal ku....hu3...

p/s:Salam ziarah ke blog ini....:)

sahromnasrudin said...

salam sahabatku nurkass...ade adiah tak untuk peneka paling tepat...hehehehe

nurkass said...

my little diary > ada yg betul..cayalah..

fida > yelah..nti kass wat ye n3 tu..

dwaty > pinjam?..hehe..sila2..

deena farhana > salam deena..hehe..alamak..cptla jwb..akak tunggu ni..hehe

nurkass said...

anum shukri > OO..tak aci camni..

azzey > cewahh...mcm pernah ku dgr ayat tu..hehe

p/s : tqvm sudi ziarah sini..

sahrom > salam sahrom..erkk..nak hadiah ke..kena fikir nih..hehe