Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

22 June 2011

*::Panggilan pulang selamanya::*

Pagi tadi setibanya di ofis,saya menerima khabar tentang kematian ibu ofis mate saya.
Sejurus kemudian saya dan rakan2 ofis yg lain bergerak ke hospital klang untuk tujuan menziarah.


keadaan amat sugul ketika itu. Sementara menunggu permit untuk menggunakan van jenazah, kami diberi peluang untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Teringat semasa pemergian arwah ayah saya 10 tahun yang lalu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan tersayang kan..Kita adalah hambanya..dari dia kita datang dan kepada dialah kita kembali..

then, saya lihat ramai yang berpusu2 ke bilik mayat sebelah...terngiang-ngiang suara kanak2 menangis mendayu2 memanggil mamanya..dari penjelasan pihak pengurusan, ibu kanak2 tersebut meninggal dunia akibat sakit..tak diperjelaskan sakit apa..hanya pihak keluarga yg tahu..

sayunya hati mendengar rintihan kanak2 itu..sambil menangis, bertubi-tubi soalan dilontarkan pada si ayah..

"kenapa mama tidur kat situ ayah?"
"kenapa mama tak pandang adik?"
"kenapa mama tak cakap dgn adik?"
"mama tak matilah ayah..mama tidurkan.."
"adik sayang mama.."

Allahuakbar....betapa terkesannya dalam jiwa kami dengan situasi ini..apalah yang kanak2 sekecil ini faham tentang kematian..siayah memeluk erat anaknya sambil cuba sedaya upaya untuk memberi penjelasan..
  

mayat dimasukkan kedalam van jenazah untuk di bawa pulang ke kampung ofis mate saya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..ajal maut ditangannya..sudah bersediakah kita..sudah cukupkah amalan kita..mampukah kita menjawab soalan dari malaikat munkar dan nakir nanti..

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

**ya allah...hambamu ini hamba yang lemah..hambamu ini hamba yang kerdil..ya allah ya rahman ya allah ya rahim..subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim...

03 June 2011

::Faham Sendiri Sudah::

received email from ofismate tadi tapi sepatah pun saya tak faham...
kalau ada rakan2 yang boleh translate lagi bagus..Bila baca cam best jek bunyi nye..
exercise mulut ngan lidah namenye ni..hehe..tak caya..?..ce baca
-----------------------------------------------------------

Pantun ngabang;
Sa, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuuujuh! .....

Enda aku busong ngelangkah gunong,
Enda aku tulah ngelangkah tanah,
Enda aku danjan ngelangkah bulan,
Enda aku tumbang ngelangkah bintang! 


Kaki aku udah bediri di segi besi belumpong,
Nyawa aku nyapa nyembah di klasah tikai bedong long.
Lengan kanan aku ditanggam beringan lanchum selong,
Pala aku di-bap singkap jalong jabong,
Blakang aku ditinggang seludang baju burong.


Laban aku tu ukai mungkal ukai nanjal,
Aku tu endang niti endang nali,
Baka ijok tampung penduk,
Baka rutan tampung danan,
Baka ira tampung lemba,
Baka wi tampung tali.


Pecah periuk tanah ganti periuk tani,
Padam bulan diganti matahari,
Parai orang ka tuai ganti tubuh kami,
Pambu orang ka dulu ganti kami ka dudi.

>>aha..ada faham?? ce citer..:)

19 May 2011

*Bila emosi menguasai diri...*

Pagi ni saya nak story pasal apa yang berlaku semalam..
Walaupun ringkas tapi saya harap n3 ni dapat memberi pengajaran pada kita semua..

**Lokasi kejadian adalah di sebuah gerai yang menjual pisang goreng dll..
Terdapat beberapa orang yang beratur menunggu giliran..

Mamat A : makcik, pisang goreng ni 5 ringgit ye..

Makcik : kejap ye..(sambil tangannya ligat membungkus pesanan)..aha..adik pula nak berapa..adik yang nun pulak nak berapa..
             
*masing2 pun membuat pesanan kat makcik tu..

Tiba-tiba.....

Mamat B : woi..!!! aku punye bila nak siap..bungkus pun terhegeh2..nak berniaga ke tak nak ni..!!

*hussss semangat..terkejut kami dibuatnye..tetiba je ada orang menjerit dari belakang..

Pakcik : sekejap ye nak..ikut giliran sbb adik ni dtg dulu..(dengan muka cuak)

Mamat B : oi pakcik..berapa lama nak tunggu..dah tau diri tu tua duduklah rumah..lembap betul..(muka bengis)

Mamat A : sabarlah saudara..kalau dah lambat kenalah ikut giliran..kalau rasa tak boleh tunggu, pergilah gerai lain..

Mamat B : kau pe hal..aku ada cakap dgn kau ke..jgn pandai2 nak ajar aku..mmg nak kena kau ni. (sambil berjalan ke arah mamat A)..

*kami yang ada kat situ dah mula cuak..takut mamat A tu kena tumbuk..nasib baik ada pegawai2 dari majlis perbandaran datang..barulah mamat B tu berundur..saya pulak dah berdiri kaku kat situ..dalam hati ni dah berdebar2 sbb takut dan terkejut..rasa nak luku je mamat B tu..memang tak tau hormat langsung..kesian makcik dan pakcik tu..haihhh..

>> moralnya :- teraplah nilai kesabaran dalam diri..sesungguhnya dengan satu nilai itulah akan wujud nilai2 murni yang lain tanpa kita sedari..wallahualam..

P/S - quite busy today..ada masa nanti saya jengah rumah rakan2 ye..diharapkan rakan2 semua sihat dan ceria selalu..

28 March 2011

::Nafsu Yang Sombong::

Assalamualaikum wbt..
Sama-sama kita renungkan kisah dibawah.Sangat bermanfaat buat kita semua.

*Sumber - E-mail.


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahualam..

17 February 2011

**SEGMEN KHAS UNTUK BLOGGER BARU : 100 FOLLOWER KE BAWAH**

aha..ni segmen khas oleh Mr Ben Ashaari..KLIK SINI
actually ari tu Mr Ben dah buat segmen below 100 follower ni but masa tu public holiday "maulidur rasul" kan..banyak blog yang bercoti including me..so, tak sempat nak join..GRRRR...

"TETAPI"......setelah berlaku anjakan paradigma..hehe..makanya segmen ini diwujudkan semula khas buat blog baru..erkk..kira barulah kan sbb follower saya below 100..haha..

Pada rakan-rakan blogger yang terlibat, moh kita join..Pada yang tak tersenarai tu duk ontok-ontok..:)

-TEMPOH SEHINGGA MALAM NI-

08 February 2011

::GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI::


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

NAK TAU SELANJUTNYA, JOM "KLIK SINI" ...

25 January 2011

::Lelaki Budiman::

Assalamualaikum wbt..
Nak story mory pasal lelaki budiman..
Pagi tadi tengok MHI..pastu keluarlah tajuk ni..ramai juga yang komen pasal ciri-ciri lelaki budiman ni..

Ada yang cakap lelaki budiman ni kena yang berbudi pekerti, hormat orang tua, mempunyai tauladan yang baik, tak pernah tinggal solat, bertolak ansur, tak pernah tinggi suara dan macam2 lagi lah..hehe dahsyatkan..

Ada juga yang kata "belum dapat memanglah budiman, cuba dah dapat..lelaki tah kemana budiman tah kemana"..haha..lagi haru..

Emm..masih ada lagi ke lelaki budiman di luar sana..camne pula dengan wanita budiman..erkk..ada ke???

13 January 2011

::Success of Marriage::

mr google

Once upon a time a married couple celebrated their 25th marriage anniversary. They had become famous in the city for not having a single conflict in their period of 25 years. Local newspaper editors had gathered at the occasion to find out the secret of their well known 'happy going marriage'.  

Editor: "Sir, It's amazingly unbelievable. How did you make this possible?"   

Husband recalling
 his old honeymoon days said:  "We had been to Simla for honeymoon after marriage. Having selected the horse riding finally, we both started the ride on different horses. My horse was pretty okay but the horse on which my wife was riding seemed to be a crazy one. 

On the way ahead, that horse jumped suddenly, making my wife topple over. Recovering her position from the ground, she patted the horse's back and said, "This is your first time". She again climbed the horse and continued with the ride.

After a while, it happened again. This time she again kept calm and said, "This is your second time" and continued. When the horse dropped her third time, she silently took out the revolver from the purse and shot the horse dead!!   

I shouted at mywife: "What did you do you psycho. You killed the poor animal. Are you crazy?"   

She gave a silent look and said: "This is your first time!!!"   

Husband: "That's it.. We are happy ever after."

>>> haha..terkujat si hasben..erkk..boleh jadi tips untuk kaum isteri ke nih??
 
 

29 December 2010

::Cuti-Cuti Malaysia::

Mr Google..

Assalamualaikum sahabat2 sekelian..
Nampak gambar diatas tu..bukan nak ajak menari la, tapi "cuti cuti malaysia".Aha..Esok saya dah start bercuti..nak gi jalan-jalan cuci mata dan fikiran..haha..So, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan "Happy New Year"....Pada sesiapa yang azam tahun ni belum tercapai lagi silalah catitkan dalam buku baru..
Semoga perjalanan hidup kita senantiasa dipermudahkan olehnya..amin..

23 December 2010

::Jerawat & Anda::

ATTENTION PLEASE!!!
JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ???.HEH..

Jerawat ni bukan sesuka hati je nak muncul tapi semuanya bersebab.Jom kita dengar kata pakar..cewahh..Layanz..

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran..Nasihatnya adalah pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah.Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

16 December 2010

**Kebahagiaan seorang suami**

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
 
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
 
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan  mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
 

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
 

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
 

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
 

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
 

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
 

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu sehingga tenang dan puas hatiku..
 

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
 

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
 

>> Masyaallah... Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie... Adakah kita mampu lakukan seperti cerita diatas sehingga pemergian isterinya diredhai dan membahagiakan suaminya....

Sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia sebab bahagia boleh kawin lagi...haihhh..

13 December 2010

**::AMALAN MANDI::**

As salam..

Ada tak dikalangan rakan2 yg tak suka mandi ataupun ada alahan kalau mandi..Kenapa kita perlu mandi..hehe..dah macam cikgu la pulok..Ada juga yang mandi kerana malu orang mengata..Sila pilih kategori anda..haha..

Selain dari membersihkan diri dari kotoran, mandi juga boleh menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam “New England Journal of Medicine” menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.   

 
1) Mengeluarkan racun
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


2) Mandi air sejuk
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

 
3) Jangkitan Kulit
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

 
4) Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. 

 
5) Insomnia 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

>>> So, pada yang mementingkan kesihatan tu, sila amalkan tips diatas ye..Semoga N3 ni dapat membuka mata dan minda kengkawan yang tak berapa rajin nak mandi tu..daaaa…..J

09 December 2010

::Penyakit Hati & Penyakit Moral::

As salam..
Mari kita selami apa sebenarnya yang dikatakan tentang penyakit hati dan moral ni..Dua penyakit ni lebih berbahaya, lebih parah dan lebih buruk daripada penyakit-penyakit tubuh dari pelbagai segi dan arah.
Yang paling besar bahayanya ialah, penyakit ini mendatangkan mudarat atas seseorang dalam agamanya, iaitu modal kebahagia­annya di dunia dan di akhirat. Meh kita sama2 renungkan..

1. Iri hati
Sifat ini membuat kita selalu merasa tidak senang dengan kesenangan, kebahagiaan, keberuntungan, dan kesuksesan orang lain. Kita pun cenderung berusaha menyaingi orang itu dengan berbagai cara. Bahkan, terkadang kita ingin merosak kesenangan itu. Namun, jika rasa iri lebih kepada ke arah kebaikan, seperti ingin berjaya agar dapat menyebarkan ilmu di kemudian hari atau diri untuk menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain.

2. Kebimbangan dalam agama.                     
Selain itu, lemahnya keimanan kepada Allah, Rasul-Nya, serta kediaman di akhirat.

3. Sifat riya’.
Ingin dipuji oleh manusia dalam per­buatan kebajikan.

4. Angkuh dan sombong.
Sombong bererti menolak kebenaran dan melecehkan / merendahkan orang lain, dan memandang dirinya sempurna segala-galanya. Angkuh pada diri manusia yang telah melekat dan menyatu dalam hati manusia akan menciptakan sebuah rasa dan pernyataan lebih dan paling. SAYA (lebih dan paling) HEBAT, SAYA (lebih dan paling) TERBAIK .

5. Provokatif
Sifat ini membuat kita berusaha untuk selalu mempengaruhi orang lain melakukan tindakan yang kurang baik. Misalnya, menular kebencian kita kepada orang lain atau mengapi-api dengan tujuan menimbulkan permusuhan atau melahirkan kebencian dengan orang itu kepada orang lain.

6. Menebar fitnah
Inilah kegiatan menyebarkan kejelekan orang lain sehingga nama baik orang itu tercemar atau membohongi seseorang agar menimbulkan kebencian.

7. Berburuk sangka
Buruk sangka adalah sifat yang selalu mencurigai atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

9. Ingkar janji
Penyakit hati ini berupa sikap tidak bertanggung jawab atau mungkir atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan orang lain kepada kita. Biasanya disertai bohong dengan memungkiri janji. Orang yang sering ingkar janji berisiko tidak disukai orang di sekitarnya dan kemungkinan besar tidak akan dipercaya lagi untuk mengetuai suatu tanggung jawab di kemudian hari.

Walahu'alam

02 December 2010

** Biadapnya manusia itu..**

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli belah semalam..

  A : Selamat datang...(sambil tersenyum)

  B : Hmmm..(gumam sambil menjeling)
 
*** Seketika kemudian..

  A : Cari seluar saiz ape encik?

  B : Kau tak nampak ke saiz aku camner..(membuntangkan mata)

  A : (serba salah)...maaf encik..di sini ada banyak saiz dan warna untuk dipilih..
       Encik boleh cuba dulu..

  B : Dahlah..memekak je..Aku tak nak beli..B****  punye pelayan..(sambil berlalu keluar)


>> Subhanallah....saya yang melihat pun terkaku sekejap..ada juga manusia sebegini..Kenapa perlu mengaibkan orang lain..Dimanakah letaknya slogan "Budi Bahasa Budaya Kita" yang selalu di war2 kan..Sungguh memalukan..

01 December 2010

::Through years after wedding::

* Breakfast change during years after wedding :-


1st. Year



2nd. Year



3rd. Year



5th. Year



After 10 Years



After 25 years


>> OH NO !!

25 November 2010

**CARA MENCEGAH NYAMUK**

Salam semua..eceh..mcm ada persidangan pulak..
Dah baca tajuk diataskan..betul tu..cerita hari ini berkaitan dengan "nyamuk"..memandangkan penyakit yg dibawa nyamuk ni semakin menular, jadi muncullah N3 ni.. 

Mungkin ada diantara kita suka dgn nyamuk..ada yang hobi dia menternak nyamuk dan mungkin juga ada yang tak boleh hidup kalau takde nyamuk....hehehe..*TETAPI !! perlu diingatkan disini bahawasanya nyamuk tu tak pernah pun sayangkan anda..Ciuman yang diberi hanyalah lakonan semata2 dan mempunyai maksud yang tersirat untuk diri anda..hahaha..Erk, Sebelum saya ke lombong dan sebelum kalian menyampah  ngan N3 nih maka ada baiknya saya  meneruskan agenda yang sebenar..adehh..

Dibawah adalah tips untuk mencegah nyamuk menggunakan bajet yang ciput jek..Moh ikut saya....

*Bahan-bahannya:-
200ml air panas
50 gram gula merah
1 gram ragi (bg yg tak tau gi tanya kengkawan)
Botol plastik 1.5 liter
Kertas/kain hitam

*Langkah-Langkahnya:-

Langkah pertama adalah memotong botol plastik di bhg tengah..yg bhg atas tu jgn buang ek..


Kemudian campur gula merah dgn air panas..Biarkan sejuk dan tuang dlm potongan botol bgh bawah.


Pastu bubuh ragi..Tak payah kacau ye kengkawan..karbon dioksida akan terhasil disitu.


Step ke 4, ambil bhg atas botol tadi dan masukkan ke potongan bgh bawah tu dlm keadaan yg terbalik ye..kalau tak paham sila tgk gambar tu..


Next, bungkus botol tu dgn kertas/kain hitam kecuali bhg atas..Pastu letak lah kat sudut rumah kengkawan.


Hasilnya..jeng..jeng..jeng..hehe..Dalam dua minggu boleh lah tgk botol tu..Banyak nyamuk yang mati..


Jadi bagi kengkawan yang nak mencuba amatlah dialu2kan...Bahan2 yang mudah didapati dan menjimatkan disamping dapat membersihkan habitat nyamuk tu...Kalau ada kaedah lain , jgn lupa untuk dikongsikan..Sekian saja hari ini..Nak gi sambung wat keje..Bos dah berdiri kat sebelah sambil cekak pinggang..huhu..

p/s : jgn lupa inform hasilnya bg sesiapa yg akan mencuba..:)



23 November 2010

::CORETAN : LUKA DIHATI NISA:: part 2

>>> Rentetan dari part 1...

Satu hari Zakri yang berada dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya . "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.


"Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka. Ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan" kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker" marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu Zakri.

Zakri datang pada Nisa lalu direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah....berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

22 November 2010

::CORETAN : LUKA DIHATI NISA:: part 1

Aduh...sakitnyer...isk...aduhh.... Bang sakitnye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin. Berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebabnya lambat keluar budak tu.. banyak dosa la tu" rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak bersalin. Hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari.

Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.

Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung... Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

16 November 2010

*Kisah Kelisa, EVO 10 & Ferrari*

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya. Pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an...

"a'ah rosak "jawab pakcik tu simple je....

"Ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"..mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye...Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10.Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!"


>> Hahaha...memang lawak...kita kasi hilang itu tension dulu..

15 November 2010

**JAWAPANNYA ADALAH...

Salam semua..
Tak sampai hati sebenarnya nak hampakan harapan sahabat semua..eceh..baiknya saya nih kan..!!.Memandangkan banyak permintaan (cewahh) yang suruh saya buat n3 bagi jawapan  “Teka Teki Teka Tekuk” tu maka dengan bangganya saya  persembahkan (erkk..betul ke ayat tu..) walaupun ramai yg tak dapat jawab..huhu..Ok..Let’s check it out.!!

1) Jawapan: Penguin

2) Jawapan: Stokin tu basah lah....

3) Jawapan: Tak leh taruh pisang goreng nanti jadi rebutan.

4) Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah 'dan'

5) Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.(kredit to My Little Diary)

6) Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je.

7) Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan  (kredit to My Little Diary)

8) Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. hehe

9) Jawapan: Takkan nak bawak piano pulakkan.. Besar tuh!

10) Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam! (kredit to My Little Diary)

11) Jawapan: Ikan Belukang kerana 'Blue' adalah perkataan inggeris, 'Kang' adalah perkataan Jawa.

>> p/s : amacam.. sama tak dengan jawapan anda di sinun..