11 November 2010

::Mencari Kesempurnaan Diri Didunia dan Akhirat::

>> Salam..hari tu masa BW, terbaca n3 "Muhasabah Diri" kat blog Luah Fikiran..n3 tu sangat2 menyentuh hati dan sarat dengan kata2 yg mendalam..kalau tak caya, jom kita terjah blog LF...hehe.So, hari ni saya nak kongsikan email yang saya dapat dari seorang sahabat..Semoga menjadi panduan kita bersama..

~Mencari Kesempurnaan Diri Didunia dan Akhirat~

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka baginda SAW telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda SAW menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda SAW menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda SAW menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda SAW menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

13. Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

14. Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda SAW menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

15. Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda SAW menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

16. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda SAW menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

17. Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

18. Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda SAW menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

19. Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda SAW menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

20. Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda SAW menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

21. Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda SAW menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

22.Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda SAW menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

23. Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda SAW menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

24. Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda SAW menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

7 comments:

ckLah @xiiinam said...

Entri penuh jiwa. Terima kasih!






Psst: LF tu sepupu suami saya...(sssy, jangan beritahu!:D )

sahromnasrudin said...

salam..memang penih info bermaklumat..

p/s: LF tu dulu pensyarah saya

nurkass said...

ckLah > panduan bersama..ooo..sepupu suami cikgu ye..nak gitau lah..hehe

Sahrom > salam..maklumat tuk semua..La..LF tu pensyarah sahrom rupenyer..hehe

Afida Anuar said...

PS:Kass, LF tu rakan blogger saya..hehe..

Sesungguhnya banyak manfaat yang boleh kita ambil dari jawapan Rasulullah S.A.W ni..

nurkass said...

fida > Wahh..famous LF ni..hehe..sorry LF..

peringatan kita semua..

azzey said...

nurkass: perkongsian yg bagus!

Salam perkenalan dari saya....AZZEY.....

nurkass said...

azzey : salam perkenalan..