Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

07 June 2011

::Rahmat Yang Kuasa::


*Kasih manusia pada 5 perkara tetapi lupa pada 5 perkara:
Kasih manusia pada hidup tetapi mereka lupa pada mati.

Kasih manusia pada harta tetapi mereka lupa pada hisab

Kasih manusia pada mahligai tetapi mereka lupa pada kubur

Kasih manusia pada dunia tetapi mereka lupa pada akhirat

Kasih manusia pada makhluk tetapi mereka lupa pada Allah swt.
----------------------------------------------------------

*Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara
Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat : masa muda sebelum datang masa tua.
Kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati."

27 April 2011

::Hakikat Pernikahan::

Assalamualaikum wbt..
terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada rakan2 yang tak jemu-jemu mengunjungi blog ni. Memang sejak dua menjak ni saya agak sibuk dengan pelbagai urusan..makanya blog ini tak sempat di kemaskini bagai..yang pasti saya tetap BW walaupun agak ketinggalan..heh

hurmm..semalam ziarah rumah afida..sejak akhir2 ni, entry beliau lebih menjurus kepada soal jodoh / kahwin..then saya singgah ke rumah imanshah..tersentuh hati bila baca n3 beliau..juga berkaitan dengan jodoh / kahwin..tak ketinggalan juga blog kak ummu..banyak tips2 pasal jodoh / kahwin yang dikongsikan..

so, hari ni saya ada satu artikel yang nak dikongsikan dengan rakan2 blogger sekalian..Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat dan yang manakah menjadi pilihan kita..?

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal berpisah jika bankrup.

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

** Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhaka pada ALLAH.

p/s : of kos lah kita pilih yg terbaikkan..insyaAllah..semoga kita senantiasa diberi petunjuk olehnya..

28 March 2011

::Nafsu Yang Sombong::

Assalamualaikum wbt..
Sama-sama kita renungkan kisah dibawah.Sangat bermanfaat buat kita semua.

*Sumber - E-mail.


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahualam..

16 December 2010

**Kebahagiaan seorang suami**

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
 
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
 
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan  mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
 

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
 

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
 

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
 

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
 

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
 

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu sehingga tenang dan puas hatiku..
 

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
 

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
 

>> Masyaallah... Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie... Adakah kita mampu lakukan seperti cerita diatas sehingga pemergian isterinya diredhai dan membahagiakan suaminya....

Sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia sebab bahagia boleh kawin lagi...haihhh..

08 December 2010

::Kata-kata nasihat IBNU QAYYIM::

# Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

# Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

# Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

# Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

# Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

# Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

# Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . "Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, masih lagi tidak dapat membendung hajat hati sihamba itu."

wallahualam...

11 November 2010

::Mencari Kesempurnaan Diri Didunia dan Akhirat::

>> Salam..hari tu masa BW, terbaca n3 "Muhasabah Diri" kat blog Luah Fikiran..n3 tu sangat2 menyentuh hati dan sarat dengan kata2 yg mendalam..kalau tak caya, jom kita terjah blog LF...hehe.So, hari ni saya nak kongsikan email yang saya dapat dari seorang sahabat..Semoga menjadi panduan kita bersama..

~Mencari Kesempurnaan Diri Didunia dan Akhirat~

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah, sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.

Maka baginda SAW telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

1. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

2. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

3. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

4. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

5. Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

6. Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

7. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik )
Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

8. Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

9. Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda SAW menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

10. Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda SAW menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

11. Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda SAW menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

12. Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda SAW menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

30 October 2010

Berdarah kembali...

Segalanya berjalan sesuai dengan qadha' dan ketentuannya. Dibalik segala peristiwa ada suka ada duka. Apa yang selama ini ku takutkan malah menyenangkan dan apa yang selama ini ku dambakan malah justru menyedihkan. Kini aku dihimpit dengan bermacam badai perasaan...

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanmu
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat mu ku bermohon

Ya allah redhai ketulusan hati
Ya allah beri aku ketabahan
Ya allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat mu ya allah

Didunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmatmu untukku

28 October 2010

::Pesan Roh Kepada Manusia Part 3::

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


>>Sekian untuk ingatan kita bersama.

26 October 2010

::Pesan Roh Kepada Manusia Part 2::

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

>> bersambung

25 October 2010

::Pesan Roh Kepada Manusia Part 1::

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

>> bersambung

19 October 2010

Teragung..

"Dan Allah tuhan Kami, Rasul ikutan kami, Al-Quran Panduan kami, Jihad jalan Kami, Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"..


Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertaubat
Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung
Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa, kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata

16 October 2010

al-kisah...

Lately nih asyik layan lagu Maher Zain jek..Best3..So, semalam sambil dgr lagu tu, aku gi lah melawat blog2 lain..memang awesome lah blog diorang sumer..chanteks!! Ada jugak header yg boleh ditempah..kt sini..Dalam hati ni dah berbunga..hehe..nak tempahlah tu..Maklumlah..blog aku nih kosong..tak menarik pun...huhu...of course lah kena belajar dari rakan blogger yg lebih arif okeh...Nanti nak survey lagi..Jom kita nyanyi dulu..yeay!!

Everytime you feel like cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

07 October 2010

Rindu..

Lumrah seorang manusia...
Terkadang jiwa yang tertekan dengan perkara berbentuk provokasi bersifat keduniaan menjadikan fikiran dan jiwa kucar kacir..Jauh di sudut hati ini dapat kurasakan satu perasaan yang membuak-buak.."RINDU"...

Betapa rindunya hambamu ini kepadamu Ya allah..Sesungguhnya aku bersyukur atas segala yang telah kau berikan padaku..
Merembes lagi air mata ini untuk kesekian kalinya...

Selesai menunaikan tahajjud dan taubat di susuli pula dengan bacaan al-quran..Hanya ini sahaja ubat penenang jiwa dan pengubat rinduku pada mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Ada Tiada Rasa Dalam Jiwa
Rindu Akan MemanggilMu
Karna Setiap Jiwa Telah Bersumpah
Setia Hanyalah KepadaMu

Bila Cinta Ada Di Dalam Jiwa
Wangi Bunga Dunia Tanpa Nestapa
Segala Yang Dirasa Hanyalah Dia
Hatikan Memuja Hanya PadaNya

Ketika Cinta Memanggil
Gementar Tubuhku
Ketika Cinta Memanggil
Hangatnya Nafasku
Ketika Cinta Memanggil
Menderu Sang Rindu
Ketika Cinta Memanggil..

Rindu Rindu Rindu Kalbu
Memanggil - Manggil NamaMu
Seperti Terbang Di Langit Mu
Tenggelam Di Lautan Cinta Mu

Berpadu Kalbu Yang Rindu
Melebur Menjadi Satu
Bagai Menari Diiringi Pelangi
Ketika Cinta Memanggil..

Sayu..

Dah masuk kali ke lima aku mengerling jam di dinding..Hampir ke pukul 2 pagi..Masih belum ada tanda-tanda mengantuk lagi..Hati terdetik..Mengapa sejak akhir-akhir ini susah untuk aku melelapkan mata. Fikiran berkecamuk tapi aku sendiri tak tahu butir-butir yang difikirkan..!

Ya allah...Mengapa perasaan ini bertandang di hatiku..Sedih, Pilu, Sayu, Sebak... Semuanya berkumpul secara tiba-tiba tanpa ku tahu penyebabnya..Apakah ini juga satu ujian dan dugaan dari mu..
Puas ku tahan air mata ini namun mengalir juga.Betapa sayunya hati ini..Kenapalah air mata ini selalu menjadi pengantara.Terlalu mudah dirembeskan seolah-olah ingin menjadi peneman...

06 October 2010

Ya Rahman Ya Rahim

"Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan kekal abadi.."
 
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Maalik
Yaa Qudduus Yaa Salaam Yaa Mukmin Yaa Muhaimin

Yaa 'Aziiz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Khoolik
Yaa Baarik Yaa Musowwir Yaa Ghoffaar Yaa Qohhaar

Yaa Wahhaab Yaa Rozzaak Yaa Fattaah Yaa 'Aliim
Yaa Qoobidth Yaa Baasiit Yaa Koofith yaa Roofi'
Yaa Mu'iz Yaa Muzil Yaa Samii' Yaa Basiir
Yaa Hakam Yaa 'Adl Yaa Latiif Ya Khobiir

Yaa Haliim Yaa 'Aziim Yaa Ghofuur Yaa Shakuur

Yaa 'Aliyyu Yaa Kabiir Yaa Hafith Yaa Muqiit
Yaa Hasiib Yaa Jaliil Yaa Kariim Yaa Roqiib
Yaa Mujiib Yaa Waasi' Yaa Hakiim Yaa Waduud

Yaa Majiid Yaa Baa'ith Yaa Syahiid Yaa Haqq

Yaa Wakiil Yaa Qowwi Yaa Matiin Yaa Waliiy
Yaa Hamiid Yaa Muhsii Yaa Mubdiik Yaa Mu'iid
Yaa Muhyii Yaa Mumiit Yaa Hayy Yaa Qoyyuum
Yaa Waajid Yaa Maajid Yaa Waahid Yaa Somad

Yaa Qoodir Yaa Muqtadir Yaa Muqoddim Yaa Muakkhir

Ya Awwal Yaa Aakhir Yaa Zoohir Yaa Baatin
Yaa Waliiy Yaa Muta'aali Yaa Barr Yaa Tawwaab
Yaa Muntaqim Yaa 'Afuu Yaa Rouuf
Yaa Maalikal Mulki
Zul Jalaali wal Ikraam

Yaa Muqsit Yaa Jaami' Yaa Ghoniyy Yaa Mughniy
Yaa Maani' Yaa Dthoor Yaa Naafi' Yaa Nuur

Yaa Haadi Yaa Badii' Yaa Baaqii Yaa Waarith
Yaa Rosyiid Yaa Sobuur Yaa Allah Ya Allah

05 October 2010

Sujud

Semulia mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik Marwan

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa
ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud



30 September 2010

Ya rasulullah

"Sebaik-baik kehidupan adalah yang tidak menguasai dan tidak pula mengalihkan perhatianmu dari mengingati Allah SWT" - Imam Ali bin Abi Talib.

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim 

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai Dapat Ku Tatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

28 September 2010

Pintu Rindu

"barang kali kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu...dan barang kali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu...kamu tidak mengetahui sedangkan Allah MAHA MENGETAHUI"

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telah ku turun lembah dan gurun..
tidak ku temu mana pintumu..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telah ku turun lembah dan gurun..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa..

Sedang kau dekat dipinggir jiwa..

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah...

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..
Hidup matiku hanya untukmu.........