28 May 2011

::Contohilah Baginda::

Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. 

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

~Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


~Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


~Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


~Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


~Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.


~Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


~Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


~Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

>>Sumber - E-Mail

40 comments:

Yan said...

ALHAMDULLILAH..TQ for sharing.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

"Sharing is caring." ;o)




alahai..
Surau kat rumah ni jalan 15 minit pun naik keta. Insaf.

IMANSHAH said...

thanks..jauh nya nak sampai

ainnoraini said...

tq kass...
saling ingat mengingati...

Afida Anuar said...

thanks kass, sudi share... kita cuba eh, insyaAllah...

shameel Iskandar said...

Baginda adalah sebaik-baik contoh,Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu satu tauladan yang baik, bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Kemudian dan menyebut, Allah (sebutan) yang banyak.” (al Ahzab:21)

Sesungguhnya baginda adalah Qudwah hasanah utk kita sebagai umatnya.

ummu said...

salam Nurkass
alhamdulillah, sememangnya Nabi Muhamamd SAW Adalah contoh terbaik untuk kita kan.
sharing is caring, kan Kass
akak da tulis cerita rekaan bertemu Kass, jangan marah erk,:)

ibuintan said...

terima kasih.. berkongsi ilmu

insyaallah... ada yg diamalkan dan ada yg sedang diusahakan utk mengamalkannya

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

trime kasih mengingatkan...surau sy yg dekat pun sy naik moto....hinanya diri ini kurasakan.....

EZAN IDMA said...

Alhamdulillah. Idola kita semua

Adinda Amy Sensei said...

rasulullah yang mulia..

Kakzakie said...

Dalam banyak-banyak tu satu yg kakak rasa sukar melakukannya. Jalan Kaki.... ini kakak kena belajar Kass... sebab itulah org yg selalu joging sihat....

wahida said...

aku paling susah nak jalan kaki tu kass, lagi satu pemaaf, sbb aku ni lain sikit...huhu...

dwaty said...

alangkah indah jika aku juga mampu melaksanakan semua sunah2 baginda... tp... tu manusia ni... banyak sangat alasannya... aku pun begitu....

Daddy Ziyyad said...

Good info..utk ingatan kita bersama

Ati Masrif said...

alhamdulillah dapat ilmu lagi :)

Piasara said...

"sunnah yg mudah pun jarang kita nak ikut..."

anitaare said...

Assalammualaikum dik,

Rasulullah adalah idola terbaik utuk kita teladani..rasanya byk lagi yg kita tak ikut sepenuhnya..
Ya Allah ampunilah umatMu ini

nurkass said...

kak yan;
ur welcome kak yan..:)

nurkass said...

kak reen;
yess..betul tu..
hehe..kdg2 surau selang 3 biji rumah pun tak gi..adehhh

nurkass said...

Iman;
ur welcome dik..
pelan2 dulu..

nurkass said...

kak ain;
sama2 kak ain..
jom kita amalkan..

nurkass said...

Fida;
ur welcome fida..
yess..jom kita amalkan..insyaAllah..

nurkass said...

shameel;
alhamdulillah shameel..
peringatan yg baik sekali..
rasa rindu sangat dengan baginda rasulullah..

nurkass said...

kak ummu;
salam kak ummu..
sesungguhnya bagindalah idola kita semua..

kass dah baca n3 tu..mmg best..thanks kak ummu..:)

nurkass said...

ibuintan;
sama2 kak..
alhamdulillah..
semoga menjadi amalan kelak..

nurkass said...

sahrom;
w'salam sahrom..
sayu bila baca kisah baginda kan..betapa agungnye baginda rasul..

nurkass said...

Ezan Idma;
betul tu ezan..
tapi majoriti mengagungkan manusia..wallahualam..

nurkass said...

adinda amy sensei;
sama2 kita mencontohi baginda..

nurkass said...

kak zakie;
awat tu kak..
takpe..kass pun sama..kita buat pelan2..insyaAllah dari satu langkah tu yg buat kita berjaya..

nurkass said...

Wida;
haha..kalau boleh naik kete jek kan..aha...aku faham tu..

nurkass said...

dwaty;
terkadang kita terpikir..cuma terkadang kita sukar nak melakukannya..ya allah kuatkanlah semangat adikku ini..:)

nurkass said...

daddy ziyyad;
thanks doc..
jom kita amalkan..

nurkass said...

kak ati;
alhamdulillah..
moga menjadi amalan kita..

nurkass said...

kak pia;
emmm..
betullah kak pia..
ya allah..

nurkass said...

anitaare;
w'salam kak ita..
mmg idola terbaik..semoga kita sentiasa diberi petunjuk olehnya..

ckLah said...

Rasulullah....suri teladan unggul.

chichi said...

insyaallah..terima kasih kerana mengingatkan..

nurkass said...

ckLah;
rasul teragung..

nurkass said...

chichi;
sama2..
moga menjadi amalan..