01 June 2011

::Kematian::

>> Sumber - E-mail..

Memang sedih apabila mendengar berita tentang kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebaliknya iaitu mati syahid. Ini kerana di sana ada satu senarai pakej kematian yang sangat mulia iaitu husnul khatimah atau mati syahid terutama di senarai yang ke lapan dan kesembilan dalam tulisan ini.

1:- Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih.
Antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)

2:- Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh.
berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a:
“bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang menziarah seorang sahabatnya yang sakit, dia mendapatinya sudah meninggal dan tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya”. Hadis Sahih

3:- Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya.
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
(tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

4:- Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya:
(Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“(Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

5:- Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh).

6:- Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
(Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).

7:- Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut.

8 & 9:- Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan
berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
(Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

10 :- Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya.
Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?

Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.

Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).






11 & 12:- Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk.
ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur:
Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).

13:- Mereka yang mati kerana sakit TB 

14:- Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh maka dia syahid”.

15 & 16:- Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
(Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).

17:- Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan) di jalan Allah.
Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).

18:- Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
(Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).


Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘alamin.

41 comments:

Mutiara Bernilai said...

Tuhan,
mga kami bertemuMU dgn Husnu| khtimah,, amin,


terima kasih sis :)

ieda said...

sungguh menginsafkan dik .. thanx sudi share dik ..

ainnoraini said...

tq kass...
saling ingat mengingati...semua org akan tempuh kematian tu..cume masanye tak tau bila...

fuad ansari said...

Telah ada ahli keluarga dan saudara2 kita yang mana tempoh perjuangan mereka di dunia telah tamat..kita bila lagi?? akan sampai masa, perjuangan kita di dunia juga akan tamat..

Ya Allah, matikanlah kami dengan kematian yang baik juga kematian yg dicemburui..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Terima kasih.


*insaf.

wahida said...

muhasabah diri jap...

Daddy Ziyyad said...

kita semua akan mati..

entri yang bagus utk memperingati mati...TQ

Afida Anuar said...

Allah....macam mana masa kita nanti ya... ya Allah matikanlah kami dalam husnulkhootimah...

MindaMalay said...

Orang yang paling bijaksana adalah orang yang sentiasa ingat pada mati

IMANSHAH said...

mati itu pasti

amiey lee said...

terima kasih berkongsi

sahromnasrudin said...

allahumma inna nas aluka ridhakawaljannah..wana'zubika min sakhatika wannar...

Yan said...

TQ for sharing wt us.

Kakzakie said...

Ya Allah mohon kakak tergolong salah satu dari yg tersenarai itu...

Thanks Kass....

dwaty said...

nice info sis... mati itu pasti... so, kenala banyakkanlah beribadah...

Maya Mayana said...

memngingati mati itu sunat...semoga kita bersedia dgn bekalan...kerana itu semua pasti...

nurkass said...

Mutiara Brnilai;
insyaAllah..
ur welcome ..

nurkass said...

kak ieda;
ur welcome sis..

nurkass said...

kak ain;
betul tu kak..
mohon tergolong dlm senarai tu..

nurkass said...

fuad;
hanya dia yg mengetahui..ya tuhan..

nurkass said...

kak reen;
ur welcome..rasa betapa kerdilnye diri kita kan kan..

nurkass said...

Wida;
yesss..
sentiasa muhasabahkan diri..

nurkass said...

Daddy Ziyyad;
terkadang manusia ni alpa..
saling ingat mengingati..

nurkass said...

Fida;
hanya dia yg mengetahui..
moga kita tergolong dlm senarai tu..

nurkass said...

Mindamalay;
semoga kita sentiasa diberi petunjuk olehnya..insyaAllah

nurkass said...

Iman;
betul tu dik..
mati itu mmg pasti..

nurkass said...

amiey;
ur welcome dear..:)

nurkass said...

sahrom;
amin..amin yarobbalalamin..

nurkass said...

kak yan;
ur most welcome..:)

nurkass said...

kak zakie;
insyaAllah kak zakie..
kass juga mcm tu..terasa betapa kerdilnye diri ini..

nurkass said...

dwaty;
yess dear..
mohon petunjuk darinya..

nurkass said...

yana;
masa dan ketika, hanya dia yg mengetahui..beribadahlah selagi ada hayat..

ibuintan said...

moga kita tergolong dalam salah satu dari di atas itu... pemudahkanlah ya Allah

My Little Diary said...

mati itu pasti, cara kita mati, kita tidak tahu mcm mana...
semoga kita mati dlm iman...
amin..

nurkass said...

ibuintan;
insyaAllah kak..
mohon petunjuk darinya..

nurkass said...

MLD;
amin..
semoga dipermudahkan segalanya..

Amy Syaquena said...

Nice sharing dear , terasa insaf membacanya..

Amni said...

nice one dear... banyak nasihat dalam blog ni.. sangat bagus untuk dikongsi.. kadang ada benda kita dah tahu, tapi kita lupa.. lebih-lebih lagi bila makin dewasa, makin banyak tanggungjawab, kurang pergaulan, tak de orang nak ingatkan.. huhu

nurkass said...
This comment has been removed by the author.
nurkass said...

Amy;
moga tergolong dalam senarai..insyaAllah

nurkass said...

Amni;
thanks dear..
ingat mengingati..itulah..kdg2 kita alpa dgn perkara ni..semoga dia sentiasa memberi hidayah pd kita..