14 May 2011

::Mengapa daging itu diharamkan::

Alhamdulillah..Blog dah kembali pulih..hehe..
Kelmarin boleh lagi kalau nak BW but semalam sehari suntuk tak boleh buka blog..Ingatkan komputer saya yang ada problem tapi bila tanya kak yan, rupanya dia pun tak boleh buka..means mmg blog ada problem lah ye..ok..saya kongsikan satu artikel yang agak menarik disini..

"Sudah lama kita mengetahui bahawa daging khinzir itu diharamkan dalam agama Islam. Seperti perintah-perintah Allah swt lainnya, waktu itu mungkin kita hanya tahu bahwa itu salah satu larangan dalam ajaran Islam. Lantas, sebenarnya mengapakah daging khinzir itu diharamkan sedemikian rupa?

Islam telah melarang segala macam darah. Analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu senyawa kimia yang sgt berbahaya bagi kesihatan manusia.

Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air seni.

Oleh itu, tidak hairan jika Islam sangat menghargai kaedah prosedur khusus dalam penyembelihan haiwan. Seorang penyembelih, selagi menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, memotong urat nadi leher haiwan dan membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya kekal. Hal ini menyebabkan kematian haiwan adalah kerana kehabisan darah dari tubuh dan bukannya kerana cedera pada organ.

Jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak dirosakkan, haiwan tersebut dapat mati seketika dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun. Hanya pada masa ini para ahli makanan baru menyedari akan hal ini.

Semua orang tentu tahu mengenai efek-efek berbahaya dari khinzir, dalam bentuk apapun. Ilmu kedoktoran mengetahui bahwa ada risiko besar atas banyak macam penyakit. Khinzir diketahui sebagai inang dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya. Sangat penting untuk diperhatikan bahawa sistem biochemistry khinzir mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Jadi tidak hairan, jika daging khinzir itu berbahaya. Islam mengharamkan umatnya memakan dan memegang khinzir tetapi umat islam dilarang menganiaya haiwan berkenaan.."

Sumber : Email.

45 comments:

kurus said...

yes dlm apa jua keadaan daging babi ini memag haram .. kandungan dlm badan dia sahaj x menyihatkan huhuh

ibuintan said...

mesti bersebab kenapa ianya diharamkan... dan itulah sebabnya, memudaratkan

Dr K said...

saintis kafir pun sedar tentang bahaya daging babi ni...sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...

IMANSHAH said...

islam terbaik!!

Azian Elias said...

Daddy Ziyyad kalau dah depa ni tau dan sedar, tapi tak faham kenap diarang ni masih makan benda tu.. heran kan..

Kass akak pun panic gila semalam.. tu yang layan FB je.. tp dah tak selalu kat FB, load gambaq je lah..

Afida Anuar said...

Kass, Allah dah kasi garis panduan untuk kehidupan yang sejahtera.. termasuklah makanan. Indah kan Islam ni? Ajar kita dari segenap segi kehidupan.

LiFe KaMi said...

semua yang dilarang oleh Allah ada hikmahnya yang besar utk kebaikkan kita semua.. Alhamdulilah kita dilahirkan sebagai orang islam..

couverv said...

hello world, hope can share something


http://couverv.blogspot.com/2011/05/kingdom-of-heaven-versi-nenek-kau.html

couverv said...

hello world, hope can share something


http://couverv.blogspot.com/2011/05/kingdom-of-heaven-versi-nenek-kau.html

Mutiara Bernilai said...

segala peraturan dan garis panduan itu sebenarnya mengandungi pelbagai hikmah utk melindungi org2 islam itu sendiri.,.

Kakzakie Purvit said...

Sedih bila ada umat Islam yg bangga dan tanpa rasa segan memegang anak khinzir (di luar negara- tapi rakyat M'sia).

Kass ada dapat e-mail tentang ini sedikit masa dulu?

nurkass said...

KAK IEDA;
betul tu kak..sedangkan bau pun dah busuk apatah lagi dagingnya..

nurkass said...

IBUINTAN;
banyak penyakit kalau kita makan..sesungguhnya allah itu maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya..

nurkass said...

DADDY ZIYYAD;
ujikaji dah dijalankan tetapi kedegilan mannusia itu yg menyebabkan perkara ini tak diambil kisah..

nurkass said...

IMANSHAH;
setuju dik..!

nurkass said...

KAK YAN;
emmm..mentaliti manusia..
benda yg memudaratkan tulah yg depa suka..

hehe..kass pun kalut gak..

nurkass said...

FIDA;
mmg indah fida..banyak ajaran yg memberi manfaat pada kita..garis panduan yg benar2 terbaik..

nurkass said...

LIFE KAMI;
ye..ada hikmahnya..hanya dia yg maha mengetahui..

nurkass said...

MUTIARA BERNILAI;
betul tu..
semuanya untuk melindungi kita dari binasa..

nurkass said...

KAK ZAKIE;
ada kak..
tak silap kass pelajar perempuan..kecoh satu ketika dulu tapi pelbagai alasan yg diberi..haihhh..halal dan haram seolah2 tak diambil peduli..

wahida said...

eiii...tak tau la mcm mana bila aku kat Bali nnt...jgn aku termuntah tgk babi lalu lalang nnt dah la...

Kak Amy said...

mesti ada sebab kenapa ia di haramkan dan boleh memudaratkan kesiahatan..

nurkass said...

WAHIDA;
hehe..
bau je dah tak leh blah..
ko hati2 tau..

nurkass said...

AMY;
dan sebab itulah yang beritahu kita samaada halal or haram..tak boleh main bedal jek..

bunga_rose said...

eee... geli la weh, klu lalu kedai yg jual makanan haram ni mesti nak termuntah kan..

nurkass said...

BUNGA;
haha..
of koslah bunga..
eiii..mcm2 jenis ada..

dear anies said...

khinzir ni dugaan drpd allah

Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

ckLah @xiiinam said...

Di sekolah ckLah...daging lembu pun dilarang jual di kantin, kerana melayan kerenah 'mereka' yang tak makan daging. Paru goreng untuk nasi lemak pun tak boleh....isk..isk...

white rose said...

salam kak...
fuuhhh...lama sungguh tak kesini...

rindu sama kak...
entry penjelasan disamping memberi peringatan...

semoga akak ceria & sehat2 ye

My Little Diary said...

salam

haram tetap haram....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sudah jelas terang dan nyata dalam al-quran..tidak perlu ia diperdebatkan lagi kan :-)

nurkass said...

ANIES;
emm..betul tu dik..
untuk menduga akal manusia..

nurkass said...

ckLah;
owh..sampai camtu sekali..
lauk ayam je lah cikgu..adehh..

nurkass said...

WHITE ROSE;
salam dik..
rindu kamu juga..lama kan..:)
thanks dik..

nurkass said...

MLD;
salam..
a'ah..ada pulak suka2 nak halalkan yg haram tu..haihhh

nurkass said...

SAHROM;
w'salam..
yelah..
tapi ramai yg buat tak tau ttg hukum ni..mencubalah kononnye..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

dah terang lagi bersuluh.
ada jugak orang kita di x-office yang tak ambil kisah pasal ni.


kaum tionghua kat ofis ni pun pandai.

Kak Amy said...

dear x update baru erk..

Ati Masrif said...

semuanya bersebab dalam Islam ni

semoga kita menjauhi apa yg dilarang

nurkass said...

KAK REEN;
ye ke kak reen..sabo jelah..
a'ah..kat ofis kass pun ada kaum diorang yg takut mkn benda tu..

nurkass said...

AMY;
erkk..
ye dear..baru nak update ni..

nurkass said...

KAK ATI;
yg baik kita ikut..
yg dilarang jgn kita buat..:)

qemaishak said...

info yang menarik..tq..
penjelasan untuk yang bukan islam yang mempertikaikan hukum haram memakan daging babi.

qemaishak said...

info yang menarik..tq..
penjelasan untuk yang bukan islam yang mempertikaikan hukum haram memakan daging babi.

nurkass said...

Qema;
welcome dear..
peringatan bersama..