Sumber - E-mail
Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%&#^%
24 comments:
pemes gak entry ni...da beberapa kali bc kt blog kwn2
Kerana LiverpoolFC episode 1
aah dah 2-3 kali baca .. kelakor kan ekekek
yeahhhh!!! finally kass update juga blog. suka.hrmm bab entri nie amy pun ada terima di email nasib x letak sama kalau tak dah sama entri kita hehehe...
"tak penah bc..hehe nmpak sgt malas bw mcm depa berdua kt ats tu..tp mmg kelakar la kan..."
n3 ni ada kat mana2 blog...hehe...
tapi mmg klaka abes...
suka suka
memang buatkan kite senyum geli-geli! kelakar!
zaman anak saya sekarang ni, dah guna 3 patah nama, zaman akan datang, 4..akan akan datang, memang makin panjang kot! hahaha
org2 dulu jugak nama yg pendek, simple..Abu, Seman, Leha...miahahahhaa
anies;
la..ye ke dik..
hakak ketinggalan la ni ye..adehh
kak ieda;
sampai hati..awat kass baru baca..tak aci..hehe
amy;
haha..
sabo jelah..kalau tak sama je tajuk kita kan..
kak pia;
aha..
bagus2..baca kat blog kass..hehe
Wahida;
ishhh..aku lah yg tertinggal ni..hampehhh
imanshah;
amboiii..taulah STAR menang..kemain suka lg dia..:)
acik;
hehe..
first time dgr geli geli..hehe
Daddy ZZ;
yelah doc..
sekarang ni bukan main glamour nama anak2..sib baik takde nama tipah tertipu..haha
dah pernah baca... hikhikhik... si abang ok lagi... si adik... masyaallah... banyak panjangla ...
dwaty;
itulah pasal..
bergulung lidah dibuatnya..hehe
He he..kass, sapa la yang reka lawak mcm ni...memang lawak;)
hehehehe.....
klako..klako...
Email ni buat kReen gelak terbahak2 kat ofis tapi bila forward kat member; macam takde menda.
kReen yg over ke atau dorang takde sense of humour ?... hehehe..
Fida;
hehe..tulah pasal..
panjang bebenor namanye..
cma;
hehe..
maju ke depan mak pak diorang..
kak reen;
yelah kak..kita ni punyalah gelak bagai nak rak..tapi diorang buat dek jek..putus urat gamaknye..haha
Post a Comment