Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
>> Masyaallah... Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie... Adakah kita mampu lakukan seperti cerita diatas sehingga pemergian isterinya diredhai dan membahagiakan suaminya....

Sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia sebab bahagia boleh kawin lagi...haihhh..
25 comments:
kass, rasenye setuju ayat yang bawah tu... suami bahagia sebab leh kawin len.. susah laa nak cari suami yang bahagia atas sebab yg kass ckp tu..
tp tak tau la kan.. kite bukan leh baca pun hati orang len kan... huhuu
nurkass: Yelah redha suami tu yg penting kannnnn....
bunga > yelah kan..dalam 10 tu ada satu je agaknya yg betul mcm cerita tu..huhu..
azzey > betul tu..syurga bwh tapak kaki suami..
Redha suami....jalan ke syurga bagi si isteri.
ckLah > besar peranan suami ni ye..kena byk belajar lg la nampaknya..hehe
akak, sy dah baca banyak kali cerita ni...
memang ada pengajaran...
tapi suami yg redha kerana Allah & redha kerana isteri yg solehah tu bukannya ramai...ada segelintir je...
white rose > ye adikku..pengajaran yang besar buat kita sume..erkk..betul tu..segelintir jek kan..haha
SubhanaAllah...
minta2 dapat jadi isteri yang solehah untuk seorang lelaki yang akan bernama suami nanti....Amin...
as salam ziarah sahabatku..saya rasa saya tak mampu menjadi seperti suami diatas.....walau bagaimanapun, kisah ini membuatkan kita bermuhasabah diri bahwa kita perlu redha dengan ketentuan Allah SWT..terima kasih
fida > insyaAllah..sama2 kita berdoa ye..
sahrom > w'slm..betul tu..muhasabah diri adalah jalan terbaik..
Syahdunya...
Makin lama kawin makin terasa sayang..
salam
sshnya nak suami yg redha akan isterinya... tapi Insya ALLAH ada...
kak yan > ye ke..ishh..ni yg tak sabar nak kahwin nih..haha
manje > w'slm..insyaAllah ada..sama2 kita doa ye..
walau bagaimana sekali pun suami itu .. dia tetap ketua dlm keluarga ..
sedih ieda baca .. rasa mcm banyak salah ngan hubby huhuhhu
ps : u x leh komen ker .. ermm kenapa erkk .. org lain boleh jer huhuh
bestnya kalau hubby kita
pun mcm tu...redho!
kak ieda > erk..byk salah??cepat gi minta maaf..hehe
kak ati > saya sentiasa berdoa agr bakal suami saya pun mcm tu..hehe
Salam
Berharap dan berdoa semoga menjadi suami sekuat itu
assalamualaikum..
moga cerita ini menjadi iktibar kepada kita..
bestnyer kalau dpt suami yg redha ngan isteri...terasa nyesal lak selalu majuk ngan hubby...huhuhu...
err, salam kenal dan salam ziarah, saya dah follow, kalau sudi follow me back k!!
salam
nice post..buleh kawen lain
Imanshah > w'slm..insyaAllah..amin
kak sal > w'slm..moga jadi pengajaran buat kita..
wahida > jgn majuk2 lg ek..hehe..
salam perkenalan juga..
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o > w'slm..kawin lain??adehh..
bahagianya isteri diredhoi suami...
Assalamualaikum.
Satu tahap keimanan dan keyakinan kepada janji Allah yang wajib kita usahakan agar dapat sama-sama mencontohinya.
Kahwin lagi???
Jodoh yang telah ditentukan atau jodoh dicari...
TQ
alimaz > mmg bahagia..
admin P@P > w'salam..insyaAllah..
kawin lagi..err
Post a Comment