28 March 2011

::Nafsu Yang Sombong::

Assalamualaikum wbt..
Sama-sama kita renungkan kisah dibawah.Sangat bermanfaat buat kita semua.

*Sumber - E-mail.


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".
Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.


Wallahualam..

31 comments:

dwatyKNY said...

betul tu... nafsu sangat membinasakan...

dear anies said...

kadang2 penah terfikir, knape nafsu tidak dlm bentuk figure? kn senang nk nyah2 kn dia lumat2

ieda said...

huhuhu takut sgt bila baca .. thanx sudi share :)

Afida Anuar said...

Nafsu jahat!...nafsu jahat!..

he he..

kass, thanks sudi berkongsi kisah ni..

Azian Elias said...

Alamak.. belum ganti2 puasa lagi ni..Anak akak yg tua tu rajin puasa senin khamis. tp kok ibunya tak terikut2..mmg dikuasai nafsu..hee..

ummu said...

assalamualaikum Nurr
thanks for sharing ya dear
nafsu ni napelah degil sangat kan Nurr

white rose said...

tuan kpd nafsu tu laa kena control kan...
umpama pandu kereta, pandulah ke arah kebenaran...

syaitan selalu menggoda nafsu kita semua...

nurkass said...

Dwaty;
aha..bergelut gak nak control kan..hehe


Anies;
haha..sabau dik..
pastu kita cuci habis2 kan..

nurkass said...

kak ieda;
sama2 kak ieda..:)


Fida;
ye..saya setuju..sib baik takde remote control..hehe

welcome dear..:)

nurkass said...

kak yan;
aha..ngapa in begitu..kok terbalik jadinya..haha..
ok la tu kak yan..sejuk perut kak yan mengandung kan dia..bertuah kak yan..


kak ummu;
w'salam kak ummu..
most welcome..
tulah..nak kena nafsu ni..hehe

nurkass said...

White rose;
wahhh..
satu contoh yg simple but bg kesan yg mendalam..cayalah dik..

azzey said...

tu yg org slalu berpesan ikut nafsu binasa...

Dr K said...

Ingin berkongsi tentang nafsu ni..

Memang kita ada 3 bisikan, semua anak Adam ada 3 bisikan:

1.Bisikan yg menggalakkan kita buat jahat, dari syaitan yg dipanggil was was(ada ulama panggil khannas..- rujuk surah An Nas).

2- Bisikan yg menggalakkan kita buat baik..oleh malaikat..dah terlupa nama malaikat nya

3- Bisikan oleh nafsu kita itu sendiri..

Bisikan oleh syaitan itu, kita bolehb tepis kalau kita zikrullah selalu

Ati Masrif said...

sebab tu bila marah ...

kak ati suka dok sendiri dulu
biar releks dulu...
tak mau ikut nafsu marah...

My Little Diary said...

memang jahat nafsu ni...
mcm kita pompuan suke ikut nafsu...
kalau nak shopping tu... shopping jugak, takleh tunggu hari lain.. huhu

thanks for sharing this... seronok membacanya.
semoga kita dpt mengawal nafsu kita.

nurkass said...

azzey:
emm..
yelah azzey..rasa pernah dgr kata2 tu..

nurkass said...

Daddy Ziyyad;
alhamdulillah..
terima kasih doc sudi berkongsi ilmu ni..info yg menarik..

nurkass said...

kak ati;
aha..
setuju ngan kak ati..
biar tenang dulu kan..
takdelah keluar kata2 yang bukan2..

nurkass said...

MLD;
betul2..
kdg2 tu sampai terbeliak mata..
kalau boleh nak rembat semua..hehe

ur most welcome..

madammondoq said...

salam..

nice blog..

nak tahu tak Nokia nak kalahkan BB dan iPhone!!!
salam singgah ke blog saya..
TQ

IMANSHAH said...

buat apa lah nak sombong2 kan..

Kak Amy said...

kenapalah perlu sombong2 kan..

wahida said...

aku selalu tewas dgn nafsu makan...huhu...

nurkass said...

madammondoq;
salam..
tq..

nurkass said...

Iman;
betul tu dik..
takde faedahnye kan..


Amy;
aha..betul3

nurkass said...

Wida;
haha..
yg tu aku faham..
takpe..yg penting ko sihat walafiat.

bunga_rose said...

nafsu shopping, nafsu makan, nafsu marah... haaaa tu sinonim dengan bunga haahahahah

shameel Iskandar said...

Trima kasih atas perkongsian info. Mmg nafsu ni jika tak dididik ia akan membinasakan diri.

sahromnasrudin said...

ASSALAMUALAIKUM..

trime kasih atas perkongsian ini...dengan nafsulah semuanya terjadi..cara untuk mengekangnya adalah melalui puasa...
trime kasih ya

nurkass said...

bunga:
i pun sama lah..haha..
tapi biasanya nafsu makan tu lebih..haha

nurkass said...

shameel;
ur most welcome..
aha..betul tu..kena pandai kawalkan..


sahrom;
w'salam..
aha..bagus tips tu..
berpuasa pun boleh mengawal nafsu kita..thanks sahrom..