" Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1. Hati yang selalu bersyukur (Qalbun syakirun)
2. Pasangan hidup yang soleh (Al azwaju shalihah)
3. Anak-anak yang soleh. (Al auladun abrar)
4. Suasana yang baik untuk iman kita (Albiatu sholihah)
5. Harta yang halal. (Al malul halal)
6. Semangat untuk memahami agama. (Tafakur fi dien)
7. Umur yang barakah ( umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.)"
Pertama : Hati yang selalu bersyukur.
Ibnu Abbas r.a berkata : "Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah s.w.t., baik secara sembunyi ataupun terang-terangan serta secara lisan maupun di dalam hati. Setelah itu sedaya upaya menjauhi maksiat serta kemungkaran."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kamu."
(Surah Ibrahim ayat 7)
Kedua : Pasangan hidup yang soleh .
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud , "Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah"
(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula”.
(Surah an-Nur ayat 26)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Wanita itu dikawini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kamu memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya kamu akan bernasib baik.”
Ketiga : Anak-anak yang soleh.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat
diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)
Keempat : Suasana yang baik (biah solehah).
Betapa pentingnya mewujudkan suasana yang baik untuk membantu menjaga peribadi dan iman kita sebagai seorang muslim. Suasana yang baik ini perlu ada didalam rumah kita, suasana dipejabat dan suasana di kawasan perumahan tempat kita tinggal dan seterusnya suasana masyarakat kita.Mewujudkan biah solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib.
Ianya termasuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan biah solehah. Remaja yang terlibat dengan gejala sosial pada masa kini adalah disebabkan suasana persekitaran yang tidak sihat dan mendorong mereka untuk melakukan maksiat.
Kelima : Harta yang halal.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”
Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Keenam : Semangat untuk memahami agama.
Sesiapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw bersabda,
"Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila diperlukan kepadanya dia akan memberi manafaat (kepada orang lain) dan jika dia tidak diperlukan dia akan menjaga dirinya (dari orang lain)."
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)
Ketujuh : Umur yang barokah.
Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."
50 comments:
info yg berguna..terima kasih kak
semoga kita sama-sama mendapat 7 kebahagian dunia itu yer..Amin..
terima kasih untuk kass yang memnukilkan peringatan yang bermanafaat
info baik untuk semua....
tq sharing kass
alhamdulillah...
thanks kass :)
insyaallah sama-sama kita muhasabah diri untuk kebaikan..tq.
thank you for sharing this kass
:)
tkasih kerana sudi share this info dik .. :)
Insya-Allah jika kita dapat mencapai yg 7 ini di dunia, di akhirat juga kita pasti juga beroleh kebahagiaannya....
info yg sgt berguna utk kita semua...tengs dear...
chichi;
ur welcome dear..:)
yana;
insyaAllah yana..amin
kak suri;
ur welcome my dear kak suri..:)
kak yus;
sama2 lah kita amalkannya..
ur welcome my dear kak yus..:)
kak ati;
sama2 kak ati cayang..:)
qema;
betul tu qema..tak rugi pun ambil masa utk musabah diri..ur welcome..:)
MLD;
ur welcome dear..:)
kak ieda;
sama2 kak ida cayang..:)
kak zakie;
semoga kita sentiasa mendapat hidayah darinya..amin..
wahida;
ur welcome dear..:)
TQ atas perkongsian ni Nurkass....
Saya dah save URL entri ni..senang nak tgk selalu.
part last tu yang kena ingat selalu...
part last tu..aduhai.. mampukah??
Sape nak angpow?
Timaseh Nurkass.
#4~ risau betul bila anak2 dah besar nanti.
TQ TQ TQ kass, tuk perkongsian yang hebat di hari Jumaat yang mulia ni;)
Terima kasih atas perkongsian. Paling saya tertarik ttg biah solehah. Terlalau sukar utk mewujudkan biah solehah hari ini, maka berjuang untuk mewujudkannya adalah jihad. Sekitar kawasan perumahan yang saya diami, pergaualan bebas antara muda-mudi begitu menjadi-jadi. Si lelaki boleh datang angkut anak gadis dgn dizinkan oleh org tua si gadis dan hantar pulang pukul 2 pagi. mak dan ayah tak kisah.
salam kak..
terima kasih share..
lapang dada cma bca...
""peringatan buat diri cma..
tq kass...saling ingat mengingati sesama umat...
masalah blog lah...macam hilang mood nak berblog
Daddy ZZ;
ur welcome doc..
alhamdulillah..buat peringatan kita dan generasi akan dtg..
dwaty;
aha..
betul tu dik..caiyok..:)
anies;
emmm..
insyaAllah dik..:)
kak reen;
sama2 my dear kak reen..
tu lah kan..betapa kerdilnya kita ni..
fida;
ur welcome my dear fida..
manfaat bersama..
shameel;
betul tu shameel..
zaman makin canggih makin banyak perkara di luar jangkaan berlaku..
semoga kita senantiasa di beri petunjuk olehnya..
cma;
sama2 my dear..
sayu je bila baca kan..
dunia semakin ke penghujung..kerdilnya kita..
kak ain;
ur welcome my dear kakak..:)
imanshah;
baru je jln rumah iman tadi..mmg ada masalah nampaknya..sabar ye..insyaAllah ada jalannya tu..
:) love this
assalamualaikum..
trime kasih atas perkongsian ini...semoga kita semua berusaha untuk mencapainya
Mengharapkan kesemua yang tujuh itu. Amin.
Ezan;
thanks dear..
Sahrom;
W'salam..
insyaAllah..semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah olehnya..
ckLah;
insyaAllah..amin..
Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???
Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...
Info menarik dan boleh sekali dicoba, Makasih buat infonya dan sukses selalu.
Menarik sekali, perlu saya coba ini..
kebetulan lagi cara tentang hal ini.
Kabar Baik Untuk Para pencinta Game
Karena di Bulan januari ini Sudah keluar Game RPG Online Terpopuler Se-Asia
Penasarankan Game nya Seperti apa???
Kalian bisa dilihat game nya dari link di bawah yaaa
artikelnya sangat bagus, terima kasih telah membagi informasi tersebut
Yah begitulah, backlink dari google ini memang perlu untuk kita kejar dan kita dapatkan
Post a Comment