" Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1. Hati yang selalu bersyukur (Qalbun syakirun)
2. Pasangan hidup yang soleh (Al azwaju shalihah)
3. Anak-anak yang soleh. (Al auladun abrar)
4. Suasana yang baik untuk iman kita (Albiatu sholihah)
5. Harta yang halal. (Al malul halal)
6. Semangat untuk memahami agama. (Tafakur fi dien)
7. Umur yang barakah ( umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.)"
Pertama : Hati yang selalu bersyukur.
Ibnu Abbas r.a berkata : "Bersyukur adalah taat dengan segenap anggota badan kepada Allah s.w.t., baik secara sembunyi ataupun terang-terangan serta secara lisan maupun di dalam hati. Setelah itu sedaya upaya menjauhi maksiat serta kemungkaran."
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kamu."
(Surah Ibrahim ayat 7)
Kedua : Pasangan hidup yang soleh .
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud , "Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, bercinta kerana Allah dan membenci kerana Allah"
(Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula”.
(Surah an-Nur ayat 26)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Wanita itu dikawini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kamu memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya kamu akan bernasib baik.”
Ketiga : Anak-anak yang soleh.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat
diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)
Keempat : Suasana yang baik (biah solehah).
Betapa pentingnya mewujudkan suasana yang baik untuk membantu menjaga peribadi dan iman kita sebagai seorang muslim. Suasana yang baik ini perlu ada didalam rumah kita, suasana dipejabat dan suasana di kawasan perumahan tempat kita tinggal dan seterusnya suasana masyarakat kita.Mewujudkan biah solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib.
Ianya termasuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan biah solehah. Remaja yang terlibat dengan gejala sosial pada masa kini adalah disebabkan suasana persekitaran yang tidak sihat dan mendorong mereka untuk melakukan maksiat.
Kelima : Harta yang halal.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.”
Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
Keenam : Semangat untuk memahami agama.
Sesiapa yang diberi kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan di dunia. Orang Islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidupnya tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw bersabda,
"Manusia yang paling baik ialah seorang mukmin yang berilmu, yang apabila diperlukan kepadanya dia akan memberi manafaat (kepada orang lain) dan jika dia tidak diperlukan dia akan menjaga dirinya (dari orang lain)."
(Hadis Riwayat Al Baihaqi)
Ketujuh : Umur yang barokah.
Rasulullah s.a.w menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu “Manusia paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manusia paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya."
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
08 July 2011
22 June 2011
*::Panggilan pulang selamanya::*
Pagi tadi setibanya di ofis,saya menerima khabar tentang kematian ibu ofis mate saya.
Sejurus kemudian saya dan rakan2 ofis yg lain bergerak ke hospital klang untuk tujuan menziarah.
keadaan amat sugul ketika itu. Sementara menunggu permit untuk menggunakan van jenazah, kami diberi peluang untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Teringat semasa pemergian arwah ayah saya 10 tahun yang lalu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan tersayang kan..Kita adalah hambanya..dari dia kita datang dan kepada dialah kita kembali..
then, saya lihat ramai yang berpusu2 ke bilik mayat sebelah...terngiang-ngiang suara kanak2 menangis mendayu2 memanggil mamanya..dari penjelasan pihak pengurusan, ibu kanak2 tersebut meninggal dunia akibat sakit..tak diperjelaskan sakit apa..hanya pihak keluarga yg tahu..
sayunya hati mendengar rintihan kanak2 itu..sambil menangis, bertubi-tubi soalan dilontarkan pada si ayah..
"kenapa mama tidur kat situ ayah?"
"kenapa mama tak pandang adik?"
"kenapa mama tak cakap dgn adik?"
"mama tak matilah ayah..mama tidurkan.."
"adik sayang mama.."
Allahuakbar....betapa terkesannya dalam jiwa kami dengan situasi ini..apalah yang kanak2 sekecil ini faham tentang kematian..siayah memeluk erat anaknya sambil cuba sedaya upaya untuk memberi penjelasan..
mayat dimasukkan kedalam van jenazah untuk di bawa pulang ke kampung ofis mate saya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..ajal maut ditangannya..sudah bersediakah kita..sudah cukupkah amalan kita..mampukah kita menjawab soalan dari malaikat munkar dan nakir nanti..
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
**ya allah...hambamu ini hamba yang lemah..hambamu ini hamba yang kerdil..ya allah ya rahman ya allah ya rahim..subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim...
16 June 2011
::Itu Ini Begitu Begini..::
Layan jelah kata-kata dibawah ni..
Mungkin ada maksud yang tersirat..who knows..:)
--------------------------------
CINTA :-
(Sebelum kahwin)
C - cubit kiri, kanan terasa
I - impian indah ibarat syurga
N - nikah impian utama
T - taat setia membawa bahagia
A - awal & akhir bersama2
(Selepas kahwin)
C - cuka yg dituang pd luka
I - iblis yg merosak minda
N - nafsu semata2
T - tuba yg dibalas semula
A - api dlm neraka
KASIH :-
(Sebelum kahwin)
(Sebelum kahwin)
K - kongsi semua suka & duka
A - abg adik, ayang anja
S - sumpah janji dibibir sentiasa
I - istana bahagia dah dicipta
I - istana bahagia dah dicipta
H - hatiku hatimu jua
(Selepas kahwin)
(Selepas kahwin)
K - kaki tangan naik kat kepala
A - abuk pun tara, nak makan apa??
S - simpati langsung tak ada
I - ironi membakar jiwa
H - hidup mati sama jek
SAYANG :-
(Sebelum kahwin)
S - sikit2 SORRY, sikit2 SORRY..mengada!!
A - asal free mesti nak jumpa
Y - you lap me, i lap you!!
A - apa saja sanggup diduga
N - nak itu, nak ini...mesti dapat
G - gula2, coklat, teddy bear jadi hadiah utama
(Selepas kahwin)
S - salah sikit kiamat dunia
A - air tak sedap, basahlah mata
Y - yang betul dia je
A - ada takde, bagi anak reti la
N - nak dilawan digelar derhaka
G - gaduh sampai lebam
HATI :-
HATI :-
(Sebelum kahwin)
H - hanya dikau yg daku cinta
A - air paip pun manis mcm gula
T - tak jumpa sehari boleh jadi gila
I - igauan indah tak terkira
(Selepas kahwin)
H - hantu jembalang lagi sempurna
A - air mata jadi teman setia
T - tempat mengadu dah tak ada
I - ikut hati mati, ikut rasa binasa..
**Tetapi yg seharusnya ialah...
C - cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I - impian rumahtangga dirancang bersama
N - nikah didahulukan sbg pembuka gerbang kebahagiaan
T - timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A - amalkan perintah tuhan, insyaAllah bahagia membawa ke syurga
K - kasih berputik dikala pertunangan diikat
A - akad dilafaz cinta berbunga
S - suami disanjung tinggi
I - isteri disayangi
H - harumlah kasih sepanjang zaman
S - sayangkan isteri kasihkan suami
A - ada masalah dibincangkan bersama
Y - yg ringan sama dijinjing & berat sama dipikul
A - amalkan hidup bertoleransi
N - nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G - gaduh sesekali tu perkara biasa
H - hati suami mesti dijaga
A - apatah lagi hati isteri yg mudah tersentuh
T - tanggung jawab dipikul bersama
I - isteri tak makan hati & suami pun tak cari ganti
T - timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A - amalkan perintah tuhan, insyaAllah bahagia membawa ke syurga
K - kasih berputik dikala pertunangan diikat
A - akad dilafaz cinta berbunga
S - suami disanjung tinggi
I - isteri disayangi
H - harumlah kasih sepanjang zaman
S - sayangkan isteri kasihkan suami
A - ada masalah dibincangkan bersama
Y - yg ringan sama dijinjing & berat sama dipikul
A - amalkan hidup bertoleransi
N - nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G - gaduh sesekali tu perkara biasa
H - hati suami mesti dijaga
A - apatah lagi hati isteri yg mudah tersentuh
T - tanggung jawab dipikul bersama
I - isteri tak makan hati & suami pun tak cari ganti
10 June 2011
::Asalnya Api::
Diriwayatkan bahawa Rasululullah S.A.W pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam a.s. Maka jibril a.s pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam a.s.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril a.s pun mengadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril a.s pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.
Selepas itu jibril a.s pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah terpaksa disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja yang tinggal. Itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. Moga ada manfaat dari riwayat ini.Wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)