13 December 2010

**::AMALAN MANDI::**

As salam..

Ada tak dikalangan rakan2 yg tak suka mandi ataupun ada alahan kalau mandi..Kenapa kita perlu mandi..hehe..dah macam cikgu la pulok..Ada juga yang mandi kerana malu orang mengata..Sila pilih kategori anda..haha..

Selain dari membersihkan diri dari kotoran, mandi juga boleh menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam “New England Journal of Medicine” menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.   

 
1) Mengeluarkan racun
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.


2) Mandi air sejuk
Sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

 
3) Jangkitan Kulit
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

 
4) Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. 

 
5) Insomnia 
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

>>> So, pada yang mementingkan kesihatan tu, sila amalkan tips diatas ye..Semoga N3 ni dapat membuka mata dan minda kengkawan yang tak berapa rajin nak mandi tu..daaaa…..J

3 comments:

Afida Anuar said...

Nak berendam dengan air panas takde bath tub la kass...huhuhu

sahromnasrudin said...

as salam..same la dgn fida..rumah takdaq bath tub hahahahah

nurkass said...

fida / sahrom > ha..tu semua alasan lah tu..banyak kaedah lain yg saudari dan saudara boleh praktikkan..adehh..