Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

22 June 2011

*::Panggilan pulang selamanya::*

Pagi tadi setibanya di ofis,saya menerima khabar tentang kematian ibu ofis mate saya.
Sejurus kemudian saya dan rakan2 ofis yg lain bergerak ke hospital klang untuk tujuan menziarah.


keadaan amat sugul ketika itu. Sementara menunggu permit untuk menggunakan van jenazah, kami diberi peluang untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Teringat semasa pemergian arwah ayah saya 10 tahun yang lalu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan tersayang kan..Kita adalah hambanya..dari dia kita datang dan kepada dialah kita kembali..

then, saya lihat ramai yang berpusu2 ke bilik mayat sebelah...terngiang-ngiang suara kanak2 menangis mendayu2 memanggil mamanya..dari penjelasan pihak pengurusan, ibu kanak2 tersebut meninggal dunia akibat sakit..tak diperjelaskan sakit apa..hanya pihak keluarga yg tahu..

sayunya hati mendengar rintihan kanak2 itu..sambil menangis, bertubi-tubi soalan dilontarkan pada si ayah..

"kenapa mama tidur kat situ ayah?"
"kenapa mama tak pandang adik?"
"kenapa mama tak cakap dgn adik?"
"mama tak matilah ayah..mama tidurkan.."
"adik sayang mama.."

Allahuakbar....betapa terkesannya dalam jiwa kami dengan situasi ini..apalah yang kanak2 sekecil ini faham tentang kematian..siayah memeluk erat anaknya sambil cuba sedaya upaya untuk memberi penjelasan..
  

mayat dimasukkan kedalam van jenazah untuk di bawa pulang ke kampung ofis mate saya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..ajal maut ditangannya..sudah bersediakah kita..sudah cukupkah amalan kita..mampukah kita menjawab soalan dari malaikat munkar dan nakir nanti..

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

**ya allah...hambamu ini hamba yang lemah..hambamu ini hamba yang kerdil..ya allah ya rahman ya allah ya rahim..subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim...

26 May 2011

**Di Hari Ini...**

Redup mata merenung alam semesta..menikmati kejadian alam yg diciptakan olehnya.. memang indah sementelah hati ini mengungkap kata seolah-olah penuh pengharapan..tiba-tiba bintang malam mengelip seakan mengerti dan memperlihatkan cahayanya....ye..memang aku nantikan cahaya itu..
******************************

Kesyukuran tidak terhingga ku panjatkan pada yang esa kerana diri ini masih bernyawa mengecapi kehidupan sehingga ke hari ini..ucapan penghargaan buat ibu tercinta kerana telah melahir dan membesarkan ku tanpa jemu..terima kasih mak & sayang mak sangat-sangat....Hadirnya insan2 tersayang tatkala susah dan senang, suka dan duka, tangis dan tawa merupakan hadiah yang sangat bermakna buat diriku..

terima kasih buat bos dan rakan2 ofis yg susah payah mengadakan majlis khusus untuk diri ini..I really appreciate it...:)

Moga diri ini diberi kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan, kejayaan, kesenangan dan keredhaan dalam menjalani kehidupan seterusnya serta dipermudahkan olehnya.Terima kasih juga atas ucapan-ucapan hari lahir dari kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat andai..


>>to kak zakie, rasanya dua tiga hari ni blog ada problem kot sebab kass tak boleh tinggalkan komen kat blog kak zakie..asyik suruh login jek..begitu juga dgn sesetengah blog yang lain di mana kotak komennya di bawah entry..harap dapat keluarkan kotak komen tu contohnya mcm blog ni..maaf diatas segala kesulitan..

14 February 2011

::Selamat Pengantin Baru - Shahrin & Fazilah::

Entry santai hari ni..
Hari sabtu lepas (12/2/2011) saya telah menghadiri kenduri kahwin rakan saya di seremban. Majlis akad nikah telah diadakan seminggu lebih awal di kediaman pengantin perempuan..Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka telah sah sebagai suami isteri..

bagai pinang dibelah dua..
pemakaian berkonsepkan jawa menyerlahkan lagi seri kedua-dua mempelai..
*Selamat Pengantin Baru buat Shahrin & Fazilah..
*Semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat..

06 January 2011

::Tertipu Tetipah!!::

Assalamualaikum..
First entry untuk tahun baru..Adehh..Baru ada kesempatan..
Tapi apsal pulak tajuk camtu ek..Layankan aje lah....

Story mory pasal perbualan dua orang sahabat karib..

   Saudari A : Kau terus keluar pas keje ni kan..Kirim beli roti ek..

   Saudari B : Wokey..No problem..

*** Lima jam kemudian..

   Saudari B : Nah roti kau..gi main jejauh..
   Saudari A : Alhamdulillah..ada pun..(tanpa melihat bungkusan yang diberi)
                     Kau dah makan lum..Gi jln2 kat ner tadi..

   Saudari B : Dah mkn dah..Emm...Aku gi Sunway Pyramid then singgah food court..
                     Sesak giler..

   Saudari A : Of kos lah..Orang gi shopping kan..

*** Keesokan harinya apabila saudari A membuka bungkusan tersebut, terdapat resit didalamnya yang menyatakan lokasinya adalah "Mid Valley Megamall"..?????


>>  Walaupun perkara diatas terlalu remeh untuk difikirkan, namun sedikit sebanyak meninggalkan kesan dihati dan akibat dari penipuan kecil itu juga, turut menjejaskan kepercayaan yang sedia ada..Betul tak kengkawan..huhu..owh sedihhhh...

27 November 2010

Perlukah Menyalahkan Takdir??

Salam ..
Puas saya cuba melupakan kegusaran di hati namun makin kuat pulak ia menerjah..Pulang dari kerja semalam, seorang teman datang mengadu domba pada saya..Dengan linangan air mata, dia menceritakan segala-galanya..Bermacam spekulasi yang timbul mengenai takdir yang berlaku atas dirinya..

Makan masa jugak nak menenangkan hati teman saya tu sebab bila hati tengah marah macam2 perkataan yang kurang enak pun akan keluar..Soalan demi soalan yang keluar dari mulutnya membuatkan saya terkesima..Apa yang saya boleh lakukan hanyalah menasihati teman saya dan beristighfar banyak2..Disebabkan perkara tu maka terbitlah N3 ni bagi meminta pendapat dan nasihat dari sahabat sekelian.

PERTAMA : Kenapalah nasib aku begini..Tak seperti orang lain tu.

KEDUA : Tak habis2 aku diuji..Kenapalah ujian seberat ini datang padaku..Apa yang aku dapat dari   semua dugaan ini..

KETIGA : Dah puas aku merayu dan berdoa tapi tak pernah dimakbulkan..Kenapa orang lain yang bersifat jahat mempunyai kehidupan yang lebih gembira dari aku..

KEEMPAT : Sampai bila aku merana begini..Adakah adil kehidupan ini..Aku dah tak berdaya nak menghadapinya..


>> Pernah tak soalan2 tersebut berlegar2 di ruang fikiran anda dan bagaimana anda menghadapinya..Alhamdulillah, teman saya agak tenang pagi ni tapi lebih banyak mendiamkan diri..Mungkin dia perlukan masa untuk bersendiri..Semoga dia tabah menjalani kehidupan ini..

05 October 2010

Baik Punyer

Hari Jumaat lepas merupakan kunjungan kedua ku ke HQ Felda..Emm...Layanan staf disana memang tip top..Berbudi bahasa...Walaupun macam2 karenah pelanggan, tapi semuanya dilayan dengan baik sekali...

Tahniah diucapkan kepada warga kerja HQ Felda...

26 August 2010

SMBBS

Memories in SMBBS...
Actually these pic was tag by my friends in FB..TQVM!! Dapat jugak abadikan dalam blog nih..yeay..yeay..Tak sangka jumpa kalian semua dalam FB..Dgr citer ada segelintir yang dah buat reunion tapi tak ramai yang attend..Yelah.Masa tu tak jumpa lagi kwn2 yg lain including me..hehe..
That time, mcm2 gelagat ade..yang suka jadi pelawak pun ade..haha...memang kelakar..
Kalau cikgu adakan kuiz lagi best..lawan group...sape salah jawab, kena berdiri atas kerusi..haha.nasib baik bukan atas meja..al maklumlah saiz badan berbeza2..haha..Rindunyer zaman tu,ngan kwn2, cikgu2...Then, after PMR pindah ke SMTJ pulak..huhu...


form 1.. (by shahrin FB)

form 2... (by azizi FB)

form 3... (by maizan FB)