22 June 2011

*::Panggilan pulang selamanya::*

Pagi tadi setibanya di ofis,saya menerima khabar tentang kematian ibu ofis mate saya.
Sejurus kemudian saya dan rakan2 ofis yg lain bergerak ke hospital klang untuk tujuan menziarah.


keadaan amat sugul ketika itu. Sementara menunggu permit untuk menggunakan van jenazah, kami diberi peluang untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Teringat semasa pemergian arwah ayah saya 10 tahun yang lalu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan tersayang kan..Kita adalah hambanya..dari dia kita datang dan kepada dialah kita kembali..

then, saya lihat ramai yang berpusu2 ke bilik mayat sebelah...terngiang-ngiang suara kanak2 menangis mendayu2 memanggil mamanya..dari penjelasan pihak pengurusan, ibu kanak2 tersebut meninggal dunia akibat sakit..tak diperjelaskan sakit apa..hanya pihak keluarga yg tahu..

sayunya hati mendengar rintihan kanak2 itu..sambil menangis, bertubi-tubi soalan dilontarkan pada si ayah..

"kenapa mama tidur kat situ ayah?"
"kenapa mama tak pandang adik?"
"kenapa mama tak cakap dgn adik?"
"mama tak matilah ayah..mama tidurkan.."
"adik sayang mama.."

Allahuakbar....betapa terkesannya dalam jiwa kami dengan situasi ini..apalah yang kanak2 sekecil ini faham tentang kematian..siayah memeluk erat anaknya sambil cuba sedaya upaya untuk memberi penjelasan..
  

mayat dimasukkan kedalam van jenazah untuk di bawa pulang ke kampung ofis mate saya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..ajal maut ditangannya..sudah bersediakah kita..sudah cukupkah amalan kita..mampukah kita menjawab soalan dari malaikat munkar dan nakir nanti..

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

**ya allah...hambamu ini hamba yang lemah..hambamu ini hamba yang kerdil..ya allah ya rahman ya allah ya rahim..subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim...

47 comments:

~ yus ~ said...

al-Fatihah untuk arwah...

Susungguhnya mati itu pasti...

♥cmª shIemª♥ said...

huhuu...sedihnya..:(
simpati kat bdk kecil tu..

alfatihah utk arwah..

Piasara said...

"al fatihah utk arwah,smga keluarga kwn kass tabah dn redha..bc citer kass pasal kanak2 tu teringat adik akk ms mak kami meninggal dulu..dia siap2 korek kubur lg...ms tu dia 4 thn dn akak 7 thn.."

Yan said...

INNALILAH.. semuga beliau tenang di sana.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Al-Fatihah buat arwah.

Akan sampai masa kita nanti..

ieda said...

ya sayu nya akak baca nie .. kalau akak kat situu nak je akak dakap budak kecil tuu .. selalu sgt akak nie terbayangkan budak2 tuu anak2 akak .. x dpt nak bayangkan perasaan mereka masa nie huhuh semoga mereka tabah ..

dan takziah buat keluarga kawan adik .. alfatihah

wahida said...

al fatihah utk arwah...

kesian aku kat budak2 tu...tak tau la mcm mana ngan anak2 aku nnt kalau aku takde...

Amy Syaquena said...

al fatihah untuk arwah ,kalau amy pun mesti terasa sayu..entri nie betul2 meyentuh hati la dear..

Sham said...

Innalillah... moga rohnya dicucuri rahmat...aduiyai meremang bulu roma dengar ayat2 tu...!

dwaty said...

al fatihah untuk keluarga arwah... ya ALLAH... kita yang hidup ni... dah cukup ke amalan kita???... dah tahu ke apa yang nak dijawab??? ALLAHUAKBAR...

nurkass said...

yus;
betul tu yus..
hanya dia yg mengetahui..

nurkass said...

cma;
samalah cma..
teringat sampai sekarang..

nurkass said...

kak pia;
kass rasa umur budak tu dlm 3 ke 4 tahun..
apalah yg dia fahamkan..sebak hati ni..

nurkass said...

kak yan..
thanks kak yan..

nurkass said...

kak reen;
thanks kak reen..
betul tu..

nurkass said...

kak ieda;
tak tahu nak gambarkan perasaan ni..kass pun menangis masa tu..mmg sayu sgt tgk budak tu..

nurkass said...

Wahida;
mmg kesian sgt..
aku rasa nak peluk je budak tu..

nurkass said...

amy;
sampai sekarang masih sedih lagi..teringat kawan kass dan budak tu..

nurkass said...

sham;
itu sekadar perngatan sesama kita..
sbb situasi tu betul2 terkesan dlm jiwa kami..mmg masa tu hanya berdoa padanya..mohon diberi kekuatan pada keluarga arwah..

nurkass said...

dwaty;
al-fatihah..
semoga kita sentiasa diberi petunjuk olehnya..

IMANSHAH said...

aLFATIHAH

musollah said...

SALAM,
AL-FATIHAH. DIDOAKAN ROHNYA DIHIMPUNKAN DI KALANGAN ORANG2 YG BERIMAN ! AMIN !

Afida Anuar said...

Al-Fatihah..moga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. InsyaAllah....

anitaare said...

mmg sayu akak baca n3 ni nak pulak menyentuh bab anak2 yg ditinggalkan ibu tersayang..muhasabah diri

ibuintan said...

al-Fatihah untuk arwah...

Sesungguhnya mati itu pasti, moga keluarganya tabah dan redha

shameel Iskandar said...

al-Fatihah utk arwah. Tapi sedih sgt dgn kisah budak yg kematian ibu tu. Tak dapat dibayangkan luluhnya hati bapa dia apabila si anak bertanya kenapa maknya tidak bangun. Anak kecil, apalah yg dia tahu. Tapi kehilangan pasti dirasai olehnya dlm tempoh yg agak panjang.

LiFe KaMi said...

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
semoga roh arwah ditempatkan antara golongan beriman..

p/s: kami telah balik ke blog lama, malware telah dibuang..thanks sudi singgah..:)

qemaishak said...

AL-FATIHAH untuk arwah..moga roh aman disana.

Kakzakie said...

Kass.... luruh hati kakak membayangkan anak-anak yg belum mengerti ditinggalkan ibu mereka.

Allah jua yg maha mengetahui. Moga dia dapat pengganti ibu yg baik...

My Little Diary said...

al-fatihah buat allahyarham...
semoga tenang disisiNYA

sedihnya bila dgr suara anak2 merayu macam tu...

allah huakbar...

Maya Mayana said...

Al fatihah buat arwah...semoga kanak2 tersebut membesar dgn baik walau tnpa ibu disisi...

Ati Masrif said...

al-fatihah buat arwah

bila kita ke tempat forensik ni
mmg jadi terlalu insaf

nurkass said...

imanshah;
thanks dik..

nurkass said...

Musollah;
thanks LF..amin..

nurkass said...

fida;
thanks fida..amin

nurkass said...

anitaare;
sedih sgt2 sbb budak kecil kan..manalah diorang faham..

nurkass said...

ibuintan;
insyaAllah..
semoga mereka tabah..

nurkass said...

shameel;
tak sanggup tgk budak tu nangis..mmg kesian sgt..terduduk ayahnya..

Daddy Ziyyad said...

Salam...

Saya pun baru berhadapan dgn kes kematian...pakcik mommyZZ meninggal dunia 20 Jun yg lalu..

Sama samalah kita mengingati mati, kerana mati itu pasti

nurkass said...

life kami;
semoga rohnya dicucuri rahmat..
owh..guna blog lama dah..ada malware rupanya..ok..nanti terjah..

nurkass said...

qema;
moga rohnya dicucuri rahmat..

nurkass said...

kak zakie;
tak sampai hati tgk kanak2 tu kak zakie..ya allah..masa tu tuhan je yg tau perasaan kass..takut sgt kalau ape2 terjadi pada mak kass..ayah dah takde..maklah segalanya..

nurkass said...
This comment has been removed by the author.
nurkass said...

MLD;
tak sampai hati kan rima..
kass mmg tak boleh dgr budak2 nangis..sayu je..

nurkass said...

yana;
amin..
semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan..

nurkass said...

kak ati;
a'ahkan kak ati..
sayu je..

nurkass said...

Daddy ZZ;
tulah..saya ada baca n3 doc tadi..
semoga rohnya dicucuri rahmat..