Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

22 June 2011

*::Panggilan pulang selamanya::*

Pagi tadi setibanya di ofis,saya menerima khabar tentang kematian ibu ofis mate saya.
Sejurus kemudian saya dan rakan2 ofis yg lain bergerak ke hospital klang untuk tujuan menziarah.


keadaan amat sugul ketika itu. Sementara menunggu permit untuk menggunakan van jenazah, kami diberi peluang untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Teringat semasa pemergian arwah ayah saya 10 tahun yang lalu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan tersayang kan..Kita adalah hambanya..dari dia kita datang dan kepada dialah kita kembali..

then, saya lihat ramai yang berpusu2 ke bilik mayat sebelah...terngiang-ngiang suara kanak2 menangis mendayu2 memanggil mamanya..dari penjelasan pihak pengurusan, ibu kanak2 tersebut meninggal dunia akibat sakit..tak diperjelaskan sakit apa..hanya pihak keluarga yg tahu..

sayunya hati mendengar rintihan kanak2 itu..sambil menangis, bertubi-tubi soalan dilontarkan pada si ayah..

"kenapa mama tidur kat situ ayah?"
"kenapa mama tak pandang adik?"
"kenapa mama tak cakap dgn adik?"
"mama tak matilah ayah..mama tidurkan.."
"adik sayang mama.."

Allahuakbar....betapa terkesannya dalam jiwa kami dengan situasi ini..apalah yang kanak2 sekecil ini faham tentang kematian..siayah memeluk erat anaknya sambil cuba sedaya upaya untuk memberi penjelasan..
  

mayat dimasukkan kedalam van jenazah untuk di bawa pulang ke kampung ofis mate saya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin..ajal maut ditangannya..sudah bersediakah kita..sudah cukupkah amalan kita..mampukah kita menjawab soalan dari malaikat munkar dan nakir nanti..

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

**ya allah...hambamu ini hamba yang lemah..hambamu ini hamba yang kerdil..ya allah ya rahman ya allah ya rahim..subhanallah wabihamdihi subhanallah hiladzim...

26 May 2011

**Di Hari Ini...**

Redup mata merenung alam semesta..menikmati kejadian alam yg diciptakan olehnya.. memang indah sementelah hati ini mengungkap kata seolah-olah penuh pengharapan..tiba-tiba bintang malam mengelip seakan mengerti dan memperlihatkan cahayanya....ye..memang aku nantikan cahaya itu..
******************************

Kesyukuran tidak terhingga ku panjatkan pada yang esa kerana diri ini masih bernyawa mengecapi kehidupan sehingga ke hari ini..ucapan penghargaan buat ibu tercinta kerana telah melahir dan membesarkan ku tanpa jemu..terima kasih mak & sayang mak sangat-sangat....Hadirnya insan2 tersayang tatkala susah dan senang, suka dan duka, tangis dan tawa merupakan hadiah yang sangat bermakna buat diriku..

terima kasih buat bos dan rakan2 ofis yg susah payah mengadakan majlis khusus untuk diri ini..I really appreciate it...:)

Moga diri ini diberi kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan, kegembiraan, kejayaan, kesenangan dan keredhaan dalam menjalani kehidupan seterusnya serta dipermudahkan olehnya.Terima kasih juga atas ucapan-ucapan hari lahir dari kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat andai..


>>to kak zakie, rasanya dua tiga hari ni blog ada problem kot sebab kass tak boleh tinggalkan komen kat blog kak zakie..asyik suruh login jek..begitu juga dgn sesetengah blog yang lain di mana kotak komennya di bawah entry..harap dapat keluarkan kotak komen tu contohnya mcm blog ni..maaf diatas segala kesulitan..

08 December 2010

::Kata-kata nasihat IBNU QAYYIM::

# Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

# Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.

# Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

# Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

# Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.

# Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

# Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . "Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia, masih lagi tidak dapat membendung hajat hati sihamba itu."

wallahualam...

06 October 2010

Raya again

Wah lau weh...
Last Week on 27/9/2010 we were celebrating HARI RAYA in office..Lots of food there..
Let's check it out!!



wow..rendang, kuah lodeh, kuah kacang, nasi impit, kuih muih, and many more.. 

Q please..hehe



brandon lin, mr pang, me & ima

 ~Purchasing Team ~
 Back : Mr Lim, Mr Ng, Ms Chung, Mr Pang
Front : Me, Brandon Lin (Bos), Ima

23 August 2010

Pssstttt!!

macam manalah aku boleh kenal dengan budak ni..busybody betul.. All thing dia nak tahu..hish pening betul…nape ek? kita tak pernah kacau orang tapi orang suka ambil kesempatan atas diri kita..suka hati lah kita nak buat ape pun kan...bila susah kita yang tanggung..tak nyusahkan dia pun..dia yang nyusahkan kita adalah..huhu..don't know what the hell I'm talking about..pining lah!!..tah dari planet mana aku pun tak tau....malas lah nak layan…kalau bercakap dia je lah yang betul…kalau boleh semua hal peribadi kita ni dia nak tau…pelik betul lah..ada tak sesiapa yang boleh tolong…camne nak buat ngan orang camni..baik aku fikirkan family kat kg..byk pekdahnyer…kan…kan…
mmg tension lah kan..hari-hari muko eh ado..tak boleh lah tengok orang lebih sikit ...mulalah nak perli, kutuk akhirnya keluar perkataan menghina…adoiihhh..ya allah, berilah petunjuk pada hamba mu itu…
hish…lotih den di buek eh…ok..ok..enough said..baca novel lagi bagus...